Hyun Bin dilaporkan tak mahu lepaskan genggaman tangan Son Ye Jin ketika keluar ‘dating’ tengok wayang teater bersama

Son Ye Jin dan Hyun Bin dilihat tidak lekang berpegangan tangan bersama ketika sedang menonton wayang teater bersama.

Media Dispatch melaporkannya berdasarkan kata-kata saksi daripada laman komuniti maya pada 9 Feb 2022 lalu, apabila dia berkesempatan menyaksikan teater ‘Richard III’ yang dilakonkan oleh pelakon Hwang Jung Min dan ternampak kelibat kedua-dua pasangan bagai pinang di belah dua itu.

“Di bilik menunggu teater, Hyun Bin semacam terlalu mencintai Son Ye Jin. Dia memegang tangan Son Ye Jin dengan penuh erat dan mereka saling pandang-memandang antara satu sama lain. Pasangan itu seakan-akan tak mahu melepaskan genggaman tangan bersama sehinggalah mereka masuk ke dalam wayang teater. Ini gambar ‘dating’ yang sangat jarang dipertontonkan di tengah-tengah khabar angin akan berkahwin,” kata saksi tersebut.

Menurut kata-kata saksi demikian, aura Hyun Bin dan Son Ye Jin tetap jelas terserlah walaupun masing-masing memakai penutup muka. Kedua-duanya tidak kekok untuk bercumbu-bumbuan tanpa perlu melindungi wajah masing-masing. Gambar-gambar tersebut tertular sehari sebelum pengumuman berkahwin yang dibuat pada 10 Feb 2022 lalu.

Baca sini: [Sohor Kini] Sama cantik, sama padan Hyun Bin dan Son Ye Jin akhirnya ditakdirkan ke jinjang perkahwinan

Son Ye Jin dan Hyun Bin, yang dikenali sebagai pasangan cinlok hasil gandingan bersama di dalam drama tvN Crash Landing On You sebelum ini, dijangka akan melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac 2022 ini dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Sumber: dispatch, heraldpop

loading...