CRAVITY terpaksa tundakan pelancaran album selepas hampir kesemua ahlinya dijangkiti Covid-19

CRAVITY terpaksa menangguhkan ‘comeback’ untuk pelancaran album terbaru mereka selepas tujuh orang ahli mereka telah dijangkiti Covid-19.

Menurut jurucakap agensi mereka Starship Entertainment, Serim, Allen, Jungmo, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, dan Seongmin telah didapati positif Covid-19 sehingga menyebabkan agensi bertindak untuk menukarkan tarikh pelancaran album tersebut pada hari tertentu.

“Baru-baru ini, Taeyoung menunjukkan gejala deman, maka kesemua ahli diarah jalani ujian kendiri. Ujian kendiri Hyeongjun yang menunjukkan positif menyebabkan kesemua ahli dibawa ke hospital untuk ujian PCR selanjutnya. Hasilnya, Serim, Allen, Jungmo, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, dan Seongmin telah didapati positif Covid-19,” kata jurucakap agensi tu.

Berkenaan dengan keadaan Woobin dan Wonjin pula, mereka hanya perlu menjalankan kuarantin secara sendirian bermula hari ini.

“Maka dengan itu, CRAVITY terpaksa batalkan segala jadual aktiviti dan akan fokuskan kepada rawatan. Album ‘LIBERTY : IN OUR COSMOS’ yang sepatutnya dilancarkan pada 22 Februari ini pula akan ditangguhkan ke tarikh lain,” tambahnya.

‘Liberty : In Our Cosmos’ merupakan album penuh kedua CRAVITY menyusuli album studio sulung mereka, ‘The Awakening : Written in the Stars’ pada Ogos 2021 lalu dengan lagu Adrenaline dijadikan single utama.

Sumber: newsen

loading...