Hong Leong Bank tampil membawa AsiaTop Music Festival 2026 ke Malaysia menerusi kerjasama bersama JOOX dan QQ Music.
Sebagai sokongan kepada kempen Visit Malaysia Year dan Visit Selangor Year 2026, festival ini akan berlangsung pada 30 & 31 Mei 2026 di Sepang International Circuit. Ia bakal menampilkan barisan artis terkenal dari Malaysia dan seluruh Asia, termasuk pengalaman muzik K-pop terbesar di rantau ASEAN.
Festival ini bakal menampilkan barisan artis terkenal dari Malaysia dan seluruh Asia, termasuk pengalaman muzik K-pop terbesar di rantau ASEAN.
Acara selama dua hari ini akan menghimpunkan 16 artis Asia dengan persembahan tanpa henti. Antara nama besar yang bakal membuat penampilan termasuk:
Hari Pertama – NexT1DE, Aina Abdul, Belle Sisoski, Win Metawin, NMIXX, WINNER, Daesung dan Kun.

Hari Kedua – Uraih See, Firdhaus, Butterbear, 82MAJOR, STAYC, CRAVITY, TWS serta unit istimewa SEVENTEEN – CxM (S.Coups x Mingyu).

Kerjasama ini juga selari dengan usaha HLB untuk menawarkan pengalaman gaya hidup kepada pelanggan mereka. Melalui kolaborasi ini, pemegang kad HLB akan menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk akses awal jualan tiket selama dua hari, sekali gus memberi peluang untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan tiket acara ini.
Menurut Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong, kerjasama ini memberi fokus kepada pengalaman eksklusif untuk pelanggan.
“Bagi kami, kad HLB bukan sekadar alat kewangan, tetapi juga ‘akses’ kepada pelbagai acara gaya hidup, hiburan dan pengalaman eksklusif di rantau ini. Kami mahu pelanggan kami berada di tengah-tengah momen istimewa seperti ini,” jelas beliau.
Pihak JOOX dan QQ Music turut melihat kerjasama ini sebagai peluang besar untuk membawa acara berskala besar seperti AsiaTop Music Festival ke Malaysia. Mereka berharap festival ini dapat menghubungkan dunia penstriman digital dengan pengalaman konsert secara langsung yang lebih besar dan berkualiti tinggi.
Selain itu, festival ini juga dijangka membantu memperkaya industri hiburan tempatan serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negara. Ia bukan sahaja mensasarkan peminat tempatan, tetapi juga peminat muzik dari seluruh rantau yang ingin merasai pengalaman hiburan secara langsung.
Festival ini turut menyokong kempen pelancongan negara, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara hiburan dan gaya hidup bertaraf antarabangsa.
Info Jualan Tiket
Jualan tiket AsiaTop Music Festival 2026 akan bermula dengan pra-jualan eksklusif untuk pemegang kad HLB, dengan pemegang kad kredit HLB menikmati akses keutamaan lebih awal pada 6 Mei 2026, diikuti pemegang kad debit pada 7 Mei 2026.
Jualan awal (early bird) untuk umum pula akan dibuka pada 8 Mei 2026 dari jam 11 pagi hingga 2 petang, diikuti jualan umum bermula jam 3 petang hari yang sama. Festival ini juga terbuka kepada peminat dari seluruh dunia.
Acara ini dijangka menjadi antara festival muzik terbesar di rantau ini pada tahun 2026.


Untuk maklumat lanjut, layari: www.hlb.com.my/asiatop

