Kuala Lumpur– Daesung, vokalis berbakat daripada kumpulan legenda K-pop BIGBANG, bakal kembali memikat hati peminat menerusi konsert solo yang dinanti-nantikan, “D’s WAVE”, sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia 2025. Beliau akan mengadakan persembahan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Sabtu, 7 Jun 2025, jam 6 petang. Tiket telah mula dijual pada 2 Mei 2025 (Jumaat) yang lalu.
Jelajah ini menandakan kemunculan semula Daesung selepas beberapa tahun menyepi dari pentas solo. Dikenali dengan vokalnya yang penuh emosi dan kehadiran pentas yang memukau, beliau berjanji untuk menghadiahkan persembahan yang tidak akan dilupakan – kombinasi muzik, emosi dan hiburan yang menyentuh hati.
“D’s WAVE” akan membuka tirai di Olympic Hall, Seoul pada 26 dan 27 April 2025, sebelum menjelajah ke destinasi lain seperti Ho Chi Minh City, Taipei, Hong Kong, Kobe, Yokohama, dan beberapa bandar utama lain di Asia.
Menurut pengumuman rasmi dari agensi Daesung, R&D Company dan D-LABEL, Malaysia telah disahkan sebagai salah satu destinasi utama dalam siri jelajah ini. Konsert ini turut bertepatan dengan pelancaran mini album solo pertama Daesung, juga bertajuk D’s WAVE, yang menampilkan lagu-lagu baharu serta konsep persembahan yang segar dan dinamik.
Selain bakat vokalnya yang hebat, Daesung turut dikenali sebagai penghibur serba boleh – sering mencuri perhatian dengan personaliti ceria dan jenaka spontan dalam rancangan variety serta saluran YouTube peribadinya.
Konsert ini bukan sahaja meraikan perjalanan seni beliau, malah merupakan detik istimewa untuk merapatkan lagi hubungan antara Daesung dan peminatnya di Malaysia.
HARGA TIKET DAN PELAN KEDUDUKAN
Tiket dijual pada ketetapan harga seperti berikut dan peminat boleh mendapatkan tiket menerusi etix.my atau www.rwgenting.com
- VIP (Berdiri / Duduk): RM988
- PS1: RM788
- PS2: RM688
- PS3: RM588
- PS4: RM488
- PS5: RM388
(Tidak termasuk caj perkhidmatan RM4 | Maksimum 4 tiket per transaksi)
KEISTIMEWAAN EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT (PILIHAN SECARA RAWAK)
Pemegang Tiket VIP:
- Akses ke sesi soundcheck
- Sesi bergambar berkumpulan (1:10) – 100 peminat akan dipilih secara rawak
- Poster bertandatangan – 30 peminat akan dipilih secara rawak
- Akses ke acara send-off – 100 peminat akan dipilih secara rawak
Pemegang Tiket PS1, PS2, PS3 & PS4:
- Berpeluang dipilih secara rawak untuk menerima:
- Poster bertandatangan
- Slot acara send-off
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan D’s WAVE secara langsung – sebuah pengalaman penuh emosi dan kenangan yang tak ternilai!
DAESUNG 2025 Asia Tour: D’s WAVE in Malaysia dibawakan khas oleh Dream Factory Entertainment.
Untuk berita terkini dan pengumuman lanjut, ikuti:
Facebook: Dream Factory Entertainment
Instagram: @dfemalaysia