Rancangan varieti terbaru gandingan Jimin dan Jungkook, “Are You Sure?!” akan tayang di Disney+ Hotstar 8 Ogos ini

Setelah lama menanti, Jimin dan Jungkook BTS kembali untuk mencuri perhatian ramai dalam “Are You Sure?!”, sebuah rancangan realiti pengembaraan baharu yang akan disiarkan pada 8 Ogos, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Dirakam sejurus selepas penampilan viral Jungkook di Good Morning America, “Are You Sure?!” mengikuti pengembaraan Jimin dan Jungkook ketika mereka menghabiskan masa berehat bersama di tiga lokasi yang indah. Difilemkan di negeri New York, Amerika Syarikat; Jeju, Korea Selatan; dan Sapporo, Jepun, siri dengan lapan bahagian ini akan menyaksikan kedua mereka mencuba pelbagai aktiviti seperti berkhemah hingga berkanu. Mereka berdua juga menikmati perjalanan jalan raya yang membawa mereka mengembara. Jimin dan Jungkook juga akan menghabiskan masa bersama dengan memasak, membeli-belah serta berkongsi pelbagai cerita dan detik lucu menjelang perkhidmatan tentera mereka.

Sebagai rancangan pengembaraan pertama yang dibintangi oleh dua ahli BTS yang sedang bercuti, siri ini akan memberikan peminat gambaran tentang persahabatan pasangan itu sambil mereka meneroka tiga lokasi yang indah dan merakamkan momen-momen bahagia bersama-sama.

Jom saksikan trailer rasmi “Are You Sure?!” dan pesanan istimewa dari Jimin dan Jungkook buat penonton.

loading...