Alami [HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침내 di Malaysia dari 1 Julai hingga 1 September 2024

Pameran Hybe akhirnya akan tiba ke Malaysia! Promoter tempatan YES TRAVEL & HOLIDAYS dan SAT ENTERTAINMENT, “[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침내 di Malaysia” akan berlangsung dari 1 Julai hingga 1 September, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, di LaLaport BBCC di Bukit Bintang,  Kuala Lumpur.

Merungkai Kisah 7 Kumpulan K-Pop Yang Ikonik

Menyusuli Seoul, Jepun, dan lokasi penganjuran terakhirnya di Taipei sebelum ini, pameran ini bakal menampilkan potret 54 artis daripada 7 kumpulan, diiringi dengan kisah perjalanan mereka ke arah merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan K- Pop kontemporari yang terkemuka di Korea. Para peminat berpeluang untuk mengetahui dengan lebih dekat kisah di sebalik tabir bagi kumpulan BTS, SEVENTEEN, TOMORROW X TOGETHER, ENHYPEN, LE SSERAFIM, fromis_9 dan &TEAM. Pameran yang disusun rapi ini akan menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada peminat dengan mempersembahkan gambar-gambar artistik, pakaian asal yang dipakai oleh artis, dan kisah-kisah mereka di sebalik tabir. Selain itu, ruang pameran akan menampilkan zon foto yang luas untuk merakamkan detik- detik yang tidak dapat dilupakan dalam gambar dan juga jualan barangan eksklusif yang pastinya akan memberi kejutan untuk peminat K-Pop Malaysia.

“[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침내 di Malaysia ” juga menawarkan pelbagai manfaat eksklusif untuk peminat Malaysia. Selain daripada diskaun pembelian tiket awal (RM88), para peminat juga boleh menyertai “The Daydream Believers Party,” sebuah konsert muzik kecil yang dianjurkan oleh Notes by YGM untuk berhibur bersama. Tambahan lagi, persembahan tarian “The Daydream Believers K-Pop Dance Flash Mob” akan diadakan di jalan-jalan Bukit Bintang.

“Pakej Percutian The Daydream Believers” Yang Eksklusif

Penganjur yang prihatin di YES TRAVEL & HOLIDAYS telah menyusun “Pakej Percutian The Daydream Believers” 3 hari 2 malam dan 5 hari 4 malam khas untuk peminat antarabangsa dan luar negeri. Dengan adanya bekerjasama dengan hotel terpilih, para peminat yang membeli pakej ini boleh menginap di bilik yang dihiasi dengan tema.

Tambahan pula, YES TRAVEL & HOLIDAYS juga memperkenalkan pakej “Lawatan Kuala Lumpur The Daydream Believers” yang membolehkan para peminat membeli tiket bas istimewa untuk lawatan di sekitar Kuala Lumpur. Para penumpang bas tersebut boleh melawati mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan setelah menyelesaikan tugas-tugas lawatan yang diberikan akan menerima hadiah misteri yang eksklusif.

“[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침 di Malaysia ” akan berlangsung dari 1 Julai hingga 1 September di LaLaport BBCC di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 10 malam (kemasukan terakhir pada 9 malam). Harga tiket adalah RM138, dengan diskaun pembelian awal sebanyak RM88 untuk pembelian yang dibuat sebelum 1 Julai. Penganjur yang murah hati di YES TRAVEL & HOLIDAYS juga akan mengadakan aktiviti TOP Daydream Believers Spender, di mana peminat yang membeli tiket terbanyak berpeluang memenangi pakej hotel. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pembelian tiket, sila layari laman web rasmi tiket di www.ticket2u.com.my.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai dan mengalami sendiri pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan mengunjungi pameran ini. Passtikan anda mendapatkan tiket daripada pihak yang telah dilantik bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut mengenai, “[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침 di Malaysia” boleh dapatkannya di SAT Entertainment.

loading...