Kim Jae Hwan siap sedia menjalani khidmat tentera wajibnya Julai ini

Kim Jae Hwan telah mengumumkan rancangannya untuk mulakan khidmat tentera.

Pada 31 Mei, WAKEONE berkongsi bahawa Kim Jae Hwan telahpun memperbaharui kontrak eksklusifnya dengan agensi berkenaan baru-baru ini.

Berdasarkan asas kepercayaan dan keyakinan kerana telah lama bersama, artis kami Kim Jae Hwan baru-baru ini memperbaharui kontraknya dengan agensi kami. Kami akan menyokong secara aktif pelbagai aktiviti muzik Kim Jae Hwan pada masa hadapan.

– WAKEONE

Agensi itu juga mengumumkan bahawa Kim Jae Hwan akan menyertai tentera pada 1 Julai sebagai anggota pancaragam tentera.

Kim Jae Hwan mula terkenal dalam rancangan survival Mnet “Produce 101 Season 2” dan telah terpilih untuk debut sebagai ahli kumpulan Wanna One sebelum memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada 2019. Awal bulan ini, dia membuat kemunculan semula dengan mini album “I Adore” dan memilih ” Amaid” sebagai lagu utama.

Kami doakan yang terbaik untuk Kim Jae Hwan sepanjang perkhidmatan ketenteraannya akan datang!

Sumber : 1