Drama thriller perisik “Tempest” lakonan Jun Ji Hyun dan Kang Dong Won akan datang di Disney+ Hotstar pada 2025

Pembunuhan, permainan politik, konspirasi dan pengintip akan digabungkan dalam “Tempest”.  Siri drama yang bertemakan melodrama, aksi dan thiller mendebarkan ini akan disiarkan secara eksklusif diplatform penstriman Disney+ Hotstar pada tahun 2025. “Tempest” diterajui pelakon hebat iaitu Kang Dong Woon dan Jun Ji Hyun (Gianna Jun). Gandingan ini adalah yang dinantikan ramai memandangkan kedua-dua mereka mempunyai bakat lakonan yang tidak perlu dipertikaikan.

Terletak di Korea moden, “Tempest” mengisahkan Moon Ju, seorang diplomat dan bekas duta besar ke Amerika Syarikat, dan Sanho, ejen khas antarabangsa yang misteri yang bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran di sebalik serangan yang mengancam kestabilan masa depan semenanjung Korea.

Jun Ji Hyun akan memainkan watak Moon Ju, yang telah mendapat kepercayaan besar dalam masyarakat antarabangsa melalui pertimbangan dan tindakannya yang berwawasan. Dia mendapati bahawa skim politik yang melibatkan Korea Utara dan Korea Selatan adalah dalang di sebalik insiden pembunuhan.

Kang Dong Won akan memegang watak misteri San Ho, bekas tentera upahan antarabangsa kelas atasan yang mana ada rahsia yang tersembunyi berkaitan kewarganegaraan dan masa lalunya.  Ini merupakan drama pertama Kang Dong Won dalam tempoh 20 tahun sejak “Magic” pada tahun 2004. Apa yang lagi menarik,  KAng Dong Won juga akan mengambil bahagian sebagai penerbit drama selain daripada berlakon.

Sebelum ini, Oh Jung Se turut disahkan membintangi drama ini bersama Jun Ji Hyun dan Kang Dong Won.

Siri “Tempest” ini dicipta oleh penulis skrip Jung Seo Kyung dan diarahkan olrh pengarah Kim Hee Won, yang sebelum ini bekerja bersama dalam drama “Little Women.” Jung Seo Kyung juga pernah menggarap drama popular seperti “The Handmaiden,” “Mother,” dan “Decision to Leave,” manakala Kim Hee Won menerajui produksi seperti “The Crowned Clown,” “Crash Landing on You,” “ Vincenzo,” dan banyak lagi. Drama ini juga diarahkan bersama oleh pengarah seni mempertahankan diri terkemuka Korea, Heo Myunghaeng (The Outlaws 4).

“Tempest” merupakan drama Korea terbaharu yang diumumkan sebagai sebahagian daripada koleksi cerita Korea yang penonton tidak boleh melepaskan peluang untuk menontonnya di Disney+ Hotstar. Daftar sekarang untuk menikmati akses segera kepada siri-siri Korea yang hebat di Disney+ Hotstar.

Jangan lupa untuk strim “Tempest: pada tahun 2025, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...