Taeyeon bawa anda menerokai dunia Frozen yang menakjubkan di Disneyland Hong Kong secara eksklusif di Disney+ Hotstar 7 Jun ini

Bulan Jun ini, ayuh sertai Anna, Elsa, Olaf dan Sven dalam meraikan Summer Snow Day dengan dua rancangan baharu yang menarik iaitu “TAEYEON’s Frozen Journey” dan “For The First Time In Forever: The Making of World of Frozen”. Dua rancangan hebat ini yang akan bersiaran secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 7 Jun.

Dibintangi bintang K-pop yang disayangi ramai, TAEYEON, “TAEYEON’s Frozen Journey” mengikuti pengembaraan penyanyi itu ketika dia menjelajah ke tempat yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini dan menerokai dunia ajaib Arendelle di Disneyland Hong Kong. Sepanjang rancangan itu, TAEYEON akan berbicara mengenai impak Disney terhadap hidupnya, serta pendapatnya tentang World of Frozen yang baharu dan menakjubkan.

Dalam “For the First Time in Forever: The Making of the World of Frozen”, penonton akan dibawa menyusuri di sebalik tabir sebuah tempat yang bertemakan Frozen yang pertama dan terbesar di dunia, ketika Imagineers dan para pelakon membuka tirai untuk menghidupkan Arendelle. Daripada penciptaan animatronik baharu kepada reka bentuk pakaian yang rumit, dan proses mengubah para pelakon menjadi warga Arendelle, rancangan yang akan datang ini memang harus ditonton terutamanya buat peminat Disney Parks dan Frozen.

Pembukaan pertama pada 20 November 2023, World of Frozen di Disneyland Hong Kong ini telah menerima kunjungan daripada ramai tetamu dari seluruh dunia. Mereka disambut dengan karakter-karakter Disney yang disayangi, landskap yang menakjubkan, muzik yang mempesonakan dan penggunaan teknologi terkini.

Rumah bagi Arendelle Village, Arendelle Castle,  Bay of Arendelle, dan Arendelle Forest merupakan sebuah kawasan baru yang menakjubkan. Ia menampilkan dua tarikan baharu – Frozen Ever After, di mana para tetamu akan dibawa menaiki bot yang mendamaikan serta dipenuhi dengan muzik, gelak tawa dan keseronokan yang sesuai untuk keluarga; dan Wandering Oaken’s Sliding Sleighs, sebuah kereta luncur yang meluncur melintasi hutan di belakang Trading Post Oaken dengan bantuan Olaf dan Sven. Tetamu juga boleh meraikan Summer Snow Day di Playhouse in the Woods – pengalaman teater pertama seumpamanya di mana tetamu memainkan peranan dalam kisah Anna, Elsa dan Olaf.

Dunia baharu yang ajaib ini turut menawarkan tetamu peluang untuk merasai masakan asli Arendelle di Golden Crocus Inn dan Forest Fare, serta pelbagai juadah manis di Northern Delights.

Dengan hanya berbaki kurang dari sebulan sebelum “TAEYEON’s Frozen Journey” dan “For The First Time In Forever: The Making of World of Frozen” disiarkan, peminat keajaiban Disney Parks dijemput untuk mendaftar  Disney+ Hotstar hari ini untuk menikmati akses segera kepada siri belakang tabir lain termasuk “The Imagineering Story”, “One Day at Disney”, dan “Disney Behind The Attractions”, serta pelbagai lagi tajuk tempatan dan global yang tidak boleh dilepaskan.

loading...