CNBLUE di Kuala Lumpur MANTAP! Terima kasih sebab kembali dan hadiahkan kenangan terindah ini!

Persembahan mantap CNBLUE pukau 5,000 penonton!

PENANTIAN selama 10 tahun peminat tempatan untuk menonton persembahan kumpulan CNBLUE beraksi di hadapan mereka tidak sia-sia. Nampaknya impian ramai BOICE telah menjadi kenyataan.

Kumpulan rock dari Korea Selatan itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton sewaktu konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, pada 20 April, baru-baru ini.

CNBLUE yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa (vokalis, gitaris, keyboard), Lee Jung-shin (bass) dan Kang Min-hyuk (dram) memulakan persembahan pada jam 8 malam itu dengan lagu hit “I’m a Loner”.

@kmania.my Lagu berhantu I’m A Loner lagu pembukaan CNBLUENTITYINKL #CNBLUENTITYinKL #CNBLUEinKL #CNBLUE #CNBLUEBalikRaya #kmaniamedia #kmaniamy ♬ 10 Minutes of Silence – Kent Nazareth Yoga Man

Ternyata bukan penonton sahaja yang merindui untuk menonton persembahan CNBLUE, malah ketiga-tiga anggota kumpulan yang ditubuhkan pada 2009 juga kelihatan begitu teruja untuk menghibur para peminat setia mereka. Bahkan mereka seringkali menyatakan betapa gembiranya mereka untuk kembali ke Malaysia kerana sokongan yang diterima mereka sangat luar biasa. Mereka juga turut menyatakan sambutan peminat di Malaysia antara yang terhebat sepanjang siri jelajah CNBLUENTITY ini.

Konsert anjuran Hit Maker Entertaiment dan Lo-Fi Entertainment yang berdurasi lebih tiga jam itu berjaya melepaskan kerinduan peminat CNBLUE yang digelar BOICE. Ketika diawal permulaan konsert Lee Jung-shin sempat berpesan kepada peminat di zone Boice (berdiri) agar tidak saling menolak dan jaga jarak masing-masing agar perkara yang tidak diingini terjadi.

Sepanjang konsert berlangsung CNBLUE telah mendendangkan 24 buah lagu popular mereka antaranya Love, Intuition, Hey! You, Imagine, Lady, Coffee Shop, Cinderella, Between Us, Young Forever, Love Girl dan Can’t Stop.

Sempena ulangtahun yang ke 15 pada tahun ini mereka menyatakan CNBLUE tidak akan berdiri teguh sehingga ke hari ini tanpa sokongan dan kasih sayang daripada para peminat mereka. Mereka mempersembahkan lagu ‘Time Capsule” sambil mengimbau kembali perjalanan suka duka disepanjang karier mereka ditemani para peminat yang setia.

Selain menghibur penonton dengan gaya dan aksi yang mantap serta penuh bertenaga, anggota CNBLUE juga sempat mempelajari beberapa patah perkataan Bahasa Melayu daripada penonton. Dapat dilihat Lee Jung-shin agak pantas mempelajarinya dengan sebutan yang agak baik berbanding Jung Yong-hwa.

Ketiga-tiga anggota CNBLUE kelihatan bersungguh-sungguh cuba berkomunikasi dalam bahasa Melayu selepas diajar oleh penonton. Antara perkataan yang diajar oleh penonton adalah mantap gila, saya sayang awak, janji dan beberapa lagi.

Hari ini cantiknya, amboi!

– Kang Min-hyuk

Akhirnya, kami dapat juga kembali ke Malaysia. Kira-kira 10 tahun kami menanti peluang ini. Kami janji akan datang lagi ke Malaysia dalam tempoh terdekat dan bukan 10 tahun akan datang.

Saya akan datang lagi kerana saya sayang awak semua, janji. Awak semua mantap. CNBLUE mantap, Boice Malaysia mantap!

– Yong-hwa

Keseluruhannya, persembahan mereka sangat bertenaga, memukau, menghiburkan dan berjaya membawa peminat untuk turut serta ikut bernyanyi dan menari. Sebuah konsert yang boleh kata mencapai kepuasan para peminat apabila penganjur menyediakan sistem audio yang bagus, paparan skrin besar yang jelas, serta ruang yang mesra peminat untuk berhibur dan merakamkan kenangan bersama CNBLUE. Tambahan dengan lantunan suara merdu, kehebatan mereka di atas pentas, set pemilihan lagu yang penuh bermakna serta aksi comel dan bersahaja mereka sudah cukup untuk membuat peminat tersenyum tanpa henti.

Penulis sendiri sangat terhibur menyaksikan persembahan hebat CNBLUE, bahkan 3 jam tidak cukup untuk kami menghabiskan masa bersama. CNBLUENTITY di Kuala Lumpur benar-benar memberikan peminat semua sebuah moment yang begitu indah untuk diabadikan. Melihatkan betapa terharu dan gembira CNBLUE dengan aura yang diterima mereka, dan betapa terujanya peminat untuk kembali menyaksikan kumpulan pujaan mereka beraksi, inilah bukti ikatan yang tulus kedua-dua pihak. CNBLUE dan BOICE Malaysia berpisah tiada.

Pujian dan jutaan terima kasih harus diberikan kepada penganjur dan mereka yang terlibat kerana telah merealisasikan penantian 10 tahun peminat. Terima kasih kerana memberikan kesempatan pada kami untuk menikmati sekali lagi keindahan persembahan CNBLUE. Penulis juga ingin menyatakan BOICE Malaysia memang havoc and the best! Disebabkan itulah abang-abang CNBLUE lebih sayang pada peminat mereka di Malaysia ini. Korang antara kekuatan yang menjadikan mimpi kita semua jadi kenyataan. Terima kasih!

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagramTikTok dan Youtube untuk tonton lebih banyak lagi video CNBLUENTITY in KUALA LUMPUR dan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.

loading...