Kang Daniel catat rekod jualan album solo terlaris di Korea untuk tahun 2020

Kang Daniel mencatat permulaan yang baik sebagai artis solo untuk pertengahan awal tahun 2020.

Album mini keduanya, ‘CYAN’ telah merekodkan jualan sebanyak 238,167 unit di dalam seminggu sejak dilancarkan pada 24 Mac 2020. Ia juga merupakan rekod solo terbaik di Korea buat masa ini dan keempat terlaris selepas NCT #127 NEO ZONE (NCT 127), Bloom*Iz (IZ*One) dan Map of The Soul 7 (BTS) masing-masing dengan pulangan sebanyak 397,690 unit, 403,965 unit, dan 3,775,694 unit di dalam seminggu, menurut Hanteo. Dengan perolehan sebanyak ini, Kang Daniel dijangka akan merampas kedudukan no.1 di pegang oleh NCT 127 dalam carta album Gaon yang akan diumumkan selewat-lewatnya Khamis ini.

Walaubagaimanapun, CYAN gagal memintas rekod solo terbaik ‘Color on Me’, yakni album pertama Kang Daniel yang  telah memecah rekod jualan album tertinggi di dalam seminggu pernah dipegang oleh mana-mana penyanyi solo sepanjang dekad di Korea sebelum ini. Apapun, berikutan pandemik Covid-19 yang agak membimbangkan di seluruh dunia sehingga menghadkan segala aktiviti melibatkan promosi album, perolahan tersebut memang sudah dijangkakan.

Album CYAN mengandungi lima buah lagu iaitu “Adulthood”, “Jealous”, “Interview”, “Touchin’ dengan “2U” dijadikan sebagai single utama. Bagi mempromosikan album ini, Kang Daniel telah mengadakan persembahan di beberapa ‘showcase’ dan ‘music shows’, antaranya Mnet M Countdown dan KBS Music Bank.

 

Sumber: OSEN, Hanteo

loading...