Drama Korea terbaru yang membawa tema thriller jenayah Korea bertajuk “Nine Puzzles” akan disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada tahun 2025.
“Nine Puzzles” mengisahkan Yoon Ena, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh dengan tragedi, membesar menjadi seorang profiler jenayah dan pertama kali terlibat dalam kes baharu yang berbahaya.
Kerana pembunuh itu seolah-olah bermain dengannya, Yoon Ena terpaksa bekerjasama dengan pengkritik terbesarnya – rakan penyiasat Kim Hanseam dengan harapan dapat menyelesaikan kes tersebut sebelum pembunuh itu mencari mangsa yang lain.
Drama ini dibintangi oleh Kim Dami sebagai Yoon Ena, Son Sukku sebagai Kim Hanseam, dan Kim Sungkyun sebagai Yang Jungho. Terdahulu Kim Dami telah membintangi “Itaewon Class” dan “Our Beloved Summer”, Son Sukku muncul dalam siri popular “Big Bet” dan “My Liberation Notes”, manakala Kim Sungkyun muncul dalam “Moving” dan filem “12.12: The Day” .
Siri “Nine Puzzles” ditulis oleh Lee Eunmi yang sebelum ini menghasilkan di “Navillera” dan “About Tunnel”. Manakala Yoon Jongbin bertindak sebagai pengarah yang sebelum ini mengarahkan “Narco-Saints” dan “The Spy Gone North”.