[Info] 10 selebriti Korea ini mungkin takkan lupakan Malaysia kerana pernah berada lama di sini dahulu

May be an image of 3 people

Jangan tak tahu ada beberapa selebriti Korea yang ada kaitan dengan Malaysia. Siapakah selebriti – selebriti tersebut ? Jom baca!

1.Isaac In2It

Yang pertama dalam senarai semestinya wakil orang Malaysia sendiri yang menjadi idol di Korea- Isaac Voo. Isaac yang berasal dari Sabah menjalani rancangan uji bakat yang disiarkan di Mnet iaitu Boys24 pada tahun 2016. Isaac yang berusaha bersungguh-sungguh telah terpilih untuk debut sebagai ahli In2It dengan lagu debut “Carpe Diem” (2017). Isaac juga pernah berkongsi video di mana dia cuba mengajar ahli-ahli yang lain untuk berbahasa Melayu. In2It juga pernah mengadakan showcase tahun lalu di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kemaskini: Isaac Voo kini sedang bergelut bersama-sama rakan In2It yang lain untuk memastikan aktiviti In2It berlangsung tika ini selepas masing-masing telah menamatkan kontrak dengan MMO Ent. dan cuba bergerak sendiri. Dua ahli Jinsub dan Sunghun telah meninggalkan In2it terlebih dahulu.

Saksikan video In2It menyanyikan lagu Gemilang dalam jelajah In2It tahun lalu.

Baca lagi :Isaac KPOP Idol Pertama dari Malaysia bakal Debut Bersama IN2IT Hujung Bulan Ini ; IN2IT nak jual murtabak pula?; Tamat kontrak, IN2IT angkat kaki dari MMO Entertainment dan pilih bergerak sendiri

2. Han ( Stray Kids)

Han Jisung salah seorang ahli dari Stray Kids pernah bersekolah di Malaysia. Dia pernah menetap di Malaysia selama 6 tahun sebelum membuat keputusan menjadi pelatih JYP. Han juga sering berkongsi pengalamannya duduk di Malaysia dengan ahli-ahli Stray Kids. Stray Kids telah pun memulakan jelajah Unveil. Namun nampaknya hijab “penganjur Malaysia masih tertutup” haha .Ketika ini Stray Kids hanya singgah di negara-negara jiran.

Pernah gempar sekejap apabila diberitahu Stray Kids akan melangkahkan kaki ke Malaysia sehingga tertularnya tanda pagar #hanjisungbalikkampung di media sosial, namun peminat menjadi hampa kemudiannya tatkala dimaklumkan bahawa video rakaman persembahan mereka di Indonesia telah digunapakai untuk dipaparkan secara langsung di Malaysia. Bagaimanapun, sudah pasti ramai tahu betapa rindunya Han Ji Sung dengan Malaysia apabila nama makanan “nasi lemak” dan “nasi goreng” sering disebutnya. Ramai Stays atau SKZ, nama peminat Stray Kids) Malaysia pasti tak sabar menunggu Han balik semula ke kampungnya di sini.

Baca lagi: Bukan sekadar balik kampung, Stray Kids bakal gegarkan Malaysia untuk persembahan langsung bersama Shopee

Kemaskini: Baru-baru ini, Han Ji Sung membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran membuat komen menghina pada orang kulit hitam dan Asia Tenggara menerusi lirik lagu yang ditulisnya ketika berusia 13 tahun.

Saksikan kompilasi video Han bercakap mengenai Malaysia yang dikongsi oleh salah seorang Stay dari Malaysia.

3. Seo Kang Joon

Seo Kang Joon pelakon popular yang pernah berlakon di dalam drama Cheese In the Trap , Are you human ? , Entourage dan banyak lagi. Sama seperti Han, Seo Kang Joon juga pernah bersekolah di Malaysia.  Dia pernah bercerita mengenai ini ketika dia berada di dalam rancangan “variety” Roommates. Seo Kang Joon pun belum lagi dapat menjejakkan kaki kembali ke Malaysia. Penganjur-penganjur silalah jemput Seo Kang Joon balik Malaysia.

4. Got7 dan Sana ( Twice)

Jangan tak tau , Got7  dan Sana pernah ke Shah Alam! Ini adalah untuk rakaman video muzik bagi lagu “A”. Ini adalah single kedua Got7 selepas Girl,Girls,Girls. Kali terakhir Got7 di Malaysia adalah untuk perjumpaan peminat pada tahun 2016. Bila nak datang lagi ni ?

Sana dari Twice pula telah menjadi watak utama perempuan dalam muzik video ini. Ketika ini Sana masih seorang pelatih. Tahun lepas adalah mimpi ngeri untuk para Once Malaysia (nama peminat Twice) apabila konsert Twiceland Malaysia dibatalkan saat -saat akhir kerana masalah di lokasi. Namun, Twice kemudiannya membalas balik dengan konsert berikutnya pada tahun 2019. Jangan lupa langgan dan ikuti KMania untuk sebarang pengumuman lanjut mengenai TWICE.

Ok kita recap kembali Sana dan Got7 dalam “A” . Muzik video ini telah pun mencapai lebih 100 juta tontonan.

5. Super Junior

Super Junior telah pun datang ke Malaysia pada tahun 2006 sebelum Hallyu menjadi popular seperti sekarang.  Mereka adalah “sunbaenim” pelopor-pelopor Hallyu seangkatan dengan Wonder Girls, TVXQ ,Girls Generation. Mereka merakamkan muzik video “Dancing Out” di sekitar Kuala Lumpur. Donghae dan Eunhyuk dari Super Junior juga melawat Malaysia kembali 4 Mei 2019 lalu untuk siri jelajah “Super Junior D & E concert”.

Saksikan Super Junior menari di  Bukit Bintang dan KLCC :

Baca lagi  : ELF Malaysia, saksikan persembahan istimewa Super Junior D & E, Mei ini!

6. Taeyoung CRAVITY

Mungkin ramai tidak menyedari Taeyoung daripada kumpulan CRAVITY ini mengaku pernah tinggal di Malaysia sekejap ketika berusia 4 tahun selama dua tahun (sekitar 2007-2009) sebelum berpindah semula ke Korea. Sudah pasti pada masa itu, Taeyoung mengikuti mak dan ayahnya ke sini.

Dengan usia sekecil begitu, janganlah mengharapkan Taeyoung mampu memahami bahasa Melayu sebolehnya seperti Han Ji Sung. Namun, bagi tak menghampakan peminat di Malaysia, video di bawah menunjukkan Taeyoung boleh memahami serba-sedikit beberapa perkataan dan laras bahasa jika dipetik untuk berbuat demikian.

BONUS: BTS & Doyoung TREASURE

Selain nama-nama di atas, BTS juga pernah menjejakkan kaki ke Sabah, Malaysia dan sempat mengunjungi lokasi percutian terkemuka.

Doyoung pula mengunjungi pusat beli-belah bertempat di Sabah.

Baca lagi: Misteri keberadaan Doyoung TREASURE di Kota Kinabalu, Sabah cetus tanda tanya netizen

BONUS: Jang Han Byul

Semua pun sudah kenal siapakah Jang Han Byul. Bekas ahli LedApple ini telah dinobatkan sebagai juara pertandingan realiti anjuran ASTRO, Big Stage 2, pernah tinggal di Malaysia bermula tahun 2019 bagi menumpukan karier nyanyiannya untuk pasaran tempatan Malaysia.

Baca lagi: Hanbyul, penyanyi Kpop pertama jadi juara pertandingan nyanyian terbesar di Malaysia

Beliau telah kembali semula ke Korea pada awal tahun ini bagi mempromosikan single terbaru berjudul, ‘Used To This’.

Cukup 6 dulu, nanti kita tambah lagi dari semasa ke semasa. Antara selebriti- selebriti ini siapa yang paling anda ingin jumpa di Malaysia ?

https://www.youtube.com/watch?v=FxQfdx4CEUI

loading...