Cha Eun-Woo Tawan Malaysia Sekali Lagi dengan Aura Maskulin dan Persembahan Luar Biasa

Beliau kembali kali ke Malaysia dengan aura yang lebih maskulin, Viu menawan penonton Malaysia dengan konsert peminat yang menampilkan pelakon dan penyanyi Korea Selatan, CHA EUN-WOO. Kali ini tampil dengan konsep “2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]” dan sebahagian daripada siri Viu Scream Dates, acara tersebut berlangsung pada 24 Februari 2024, di Stadium Malawati Shah Alam.

Konsep “Just One 10 Minute” adalah pendekatan istimewa Cha Eun-Woo yang bertujuan untuk mendedahkan segala-galanya tentang dirinya dan membuat peminat jatuh cinta dengannya dalam jangka masa 10 minit yang singkat. Konsep ini telah digemari oleh peminat-peminat kerana persembahan berkualiti tinggi yang kaya, menjanjikan pengalaman yang menarik pada tour ykali ini. Konsep ini “Just One 10 Minute”, direka untuk mendedahkan setiap aspek personalitinya dalam jangka masa yang singkat ini, yang pasti semua tertawan!!!

Konsert peminat kali ini adalah lawatan kedua Eun-Woo ke Malaysia tahun ini, selepas pertemuan dengan penggemar tempatan di The Exchange TRX pada 9 Januari. Peminat-peminat teruja untuk menghabiskan dua jam yang bermakna bersamanya. Dengan peminat beliau di Malaysia, Cha Eun-woo telah lama dikenali dan disayangi peminat dengan persembahan hebat dalam drama popular seperti “My ID is Gangnam Beauty” dan “True Beauty.” Dalam projek terbarunya, “A Good Day to Be a Dog,”.
Kali ini Cha Eun-woo meluangkan masa bertemu dengan 4000 peminat Malaysia dan beliau begitu bersemangat dari awal sound check sehingga akhir acara. Beliau menyanyikan 12 lagu, termasuk lagu dari EP terbarunya seperti “Stay” dan “You’re the Best,” serta adaptasi beliau untuk “As Long As You Love Me” oleh Backstreet Boys. Dengan bantuan pengacara, Hani Fadzil, peminat turut dihiburkan dengan aksi-aksi mencuit hati Cha Eun- Woo berbahasa Malaysia, dengan kata-kata teramat manis seperti “Sayang,” “Jom g KK,” dan “Jom Kahwin.” Tidak loket dengan gaya dan usaha yang bukan sahaja comel, tetapi penuh kacak bergaya.

Kali ini, atmosfera berbeza dari fan meeting sebelumnya, kalau terdahulu beliau kelihatan comel dan manja namun kali ini, peminat diperlihatkan sisi maskulin Eun-Woo. Sememangnya diketahui beliau memang kacak, manja, dan kelakar. Peminat melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang pertunjukan, dengan dua jam berlalu tanpa disedari oleh peminat. Tidak boleh dinafikan, servis peminat yang luar biasa membuat setiap sen yang dihabiskan untuk menghadiri konsert peminat berbaloi ini bergitu berbaloi.


Acara malam itu berakhir dengan peminat tempatan menayangkan video mereka yang dipenuhi dengan mesej positif untuk Eun-Woo sempena ulang tahun ke-8 Astro. Beliau jelas kelihatan terharu dengan ingatan peminat dan menyuarakan penghargaan beliau kepada peminat yang sentiasa memberi semangat untuk beliau bekerja dengan lebih kuat.