Bukan lagi khabar angin, Ryu Jun Heol dan Han So Hee sedang bercinta. Ini kronologinya

Hanya dalam tempoh sehari selepas penafian agensi Han So Hee dan Ryu Jun Yeol mengenai percintaan mereka, Han So Hee dan agensi Ryu Jun Yeol harini telah mengesahkan bahawa kedua mereka memang sedang bercinta.

Pada 15 Mac, media dikejutkan dengan khabar angin bahawa Han So Hee dan Ryu Jun Yeol kelihatan mesra mula tersebar dalam talian selepas seseorang melihat mereka bercuti bersama di Hawaii. Pada hari yang sama, agensi Ryu Jun Yeol mengesahkan bahawa pelakon itu memang berada di Hawaii tetapi enggan mengulas mengenai khabar angin itu, manakala agensi Han So Hee pada mulanya menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa aktres itu sedang bercuti “bersama kawan rapat.”

Berikut merupakan kronologi kisah percintaan Han Soo Hee dan Ryu Jun Yeol yang turut melibatkan bekas kekasih aktor berkenaan, Hyeri.

1. Ryu Jun Yeol dan Hyeri berpisah

Ryu Jun Yeol dan Hyeri diketahui bercinta berpacaran pada 2017 selepas kedua-duanya membintangi drama  “Reply1988”. Dispatch mendedahkan hubungan pasangan pelakon itu dan menunjukkan beberapa gambar pertemuan mereka beberapa kali.

Pasangan itu kekal bersama sehingga November 2023. Apabila agensi mengumumkan perpisahan antara Ryu Jun Yeol dan Hyeri, ramai peminat terkejut kerana mereka sentiasa percaya bahawa kedua mereka akan berkahwin.

Bagaimanapun, peminat yang menonton semula rancangan varieti itu pada 2023 sebelum mereka berpisah percaya bahawa Hyeri telah membayangkan masalah hubungan pada ketika itu, terutamanya disebabkan oleh jadual kedua-dua mereka yang padat.

2. Ryu Jun Yeol bercuti bersama Han So Hee

Empat bulan selepas berita berakhirnya hubungan Ryu Jun Yeol dan Hyeri diumumkan, seorang netizen mendakwa melihat Han So Hee dan Ryu Jun Yeol bercuti bersama di Hawaii. Ketika itu media giat melaporkan bahawa kedua mereka akan membintangi drama baharu bertajuk “Tempted”. Menurut catatan seorang pelancong Jepun, pasangan itu “bermain-main” di kolam renang dan didakwa berseronok mengambil gambar.

 

Saya sudah lama ingin merasai lautan, gunung-ganang dan angin. Nak tahu gossip paling hangat, ada aktor dan aktres Korea terkenal ini sedang menghabiskan masa di tepi kolam renang, betul-betul di sebelah saya. Saya sangat gementar sekarang . Penatnya saya.

– Netizen (saksi kejadian di Hawaii)

3. Respon Agensi

Susulan khabar angin ini pada semalam 15 Mac, agensi Han So Hee dan Ryu Jun Yeol memberikan respons yang sama dengan menyatakan masing-masing sedang bercuti. Kerana ia melibatkan kehidupan peribadi pelakon tersebut, maka mereka tidak akan campur tangan.

Ia adalah percutian peribadi pelakon kami untuk kerja fotografinya. Kami meminta semua orang  untuk menghormati privasinya. Kami tidak akan membalas laporan saksi mata kerana ini adalah kehidupan peribadinya,

– Agensi Ryu Jun Yeol, C-JeS Studio.

Kami boleh mengesahkan bahawa Han So Hee sedang bercuti bersama rakan-rakannya. Ini merupakan percutian peribadi pertamanya sejak debut. Selain itu, ia adalah kehidupan peribadi aktres kami, jadi kami harap anda semua faham.

– Agensi Han So Hee, 9ATO Entertainment

4. Sindiran Hyeri di Instagram

Disaat berita panas yang tular dan hangat diperkatakan ramai antara Han So Hee dan Ryu Jun Yeol, Hyeri sempat berkongsi foto landskap pokok palma yang melambangkan Hawai menerusi Instagram Story nya dengan kapsyen “sangat kelakar”. Selain itu, Hyeri juga diketahui telah berhenti mengikuti Ryu Jun Yeol di Instagram.

5. Kononnya Han So Hee punca Ryu Jun Yeol dan Hyeri berpisah

Daripada siri ‘drama’ kisah cinta selebriti ini, netizen mula beranggapan bahawa Ryu Jun Yeol meninggalkan Hyeri demi Han So Hee. Siaran dalam talian yang menunjukkan garis masa yang mencurigakan perjalanan cinta mereka serta-merta menarik perhatian orang ramai.

 

Bagaimanapun, laporan MBC News menafikan Han So Hee dan Ryu Jun Yeol bertemu sebelum pelakon itu berpisah dengan Hyeri Girl’s Day.

  • Berita perpisahan Ryu Jun Yeol dan Hyeri pada 13/11/2023
  • Han So Hee menghadiri pameran Ryu Jun Yeol (bersama kakaknya) 15/11/2023
  • Laporan  penampakan Han So Hee dan Ryu Jun Yeol di Hawaii pada 15/03/2024
  • Label mengesahkan mereka berada di Hawaii tetapi menyatakan ia privasi artis 7 PG 15/03/2024
  • Hyeri menyiarkan “Kelakarnya” di Instagram sekitar jam 11:45 pagi
  • Hyeri unfollow IG Ryu Jun Yeol sekitar jam 12:50 tengah hari

6. Han So Hee buka mulut

Han So Hee yang namanya hangat diperkatakan ramai kemudian membuka suaranya menerusi Instagram Story nya. Melalui perkongsiannya, Han So Hee berkata bahawa dia tidak “campur tangan dalam hubungan orang lain.”

Rentetan itu, ramai netizen mengesyaki bahawa aktres itu membalas usikan Hyeri di penghujung kapsyennya ditulis , “Saya juga mendapati ia sangat lucu.”

Saya tak minat dengan lelaki yang dah ada kekasih. Saya takkan bagi mereka ni ruang dan saya tak berminat nak menjalinkan hubungan yang bertopengkan persahabatan dan saya juga tidak masuk campur dalam perhubungan orang lain. Saya suka program ‘EXchange’, tetapi tiada apa-apa seperti itu dalam hidup saya.” [Tajuk literal Korea bagi rancangan temu janji “EXchange” ialah “cinta beralih arah”—frasa yang bermaksud beralih kepada hubungan baharu sebelum menamatkan hubungan terakhir anda.]

Saya pun rasa ianya kelakar.

Han So Hee

7. Penjelasan Han So Hee

Tidak lama kemudian, pada awal 16 Mac, Han So Hee menerusi blog peribadinya telah mengumumkan dalam satu kenyataan panjang bahawa dia sebenarnya sedang bercinta dengan Ryu Jun Yeol. Han So Hee menyifatkan dia bukanlah orang ketiga dalam hubungan pelakon tersebut dengan Hyeri yang telahpun diumumkan berpisah sebelum ini.

Dia juga meminta maaf kepada Hyeri atas ‘sindiran’nya sebelum ini di Instagram.

Hello semua.

Saya sedar cerita saya sejak dua hari lalu membuatkan ramai di antara anda terkejut dan sakit hati. Walaupun mengumumkannya melalui media dianggap lebih sesuai, tetapi dari pemahaman saya, ia adalah pengumuman berat sebelah, jadi saya menulisnya. supaya tidak menyinggung perasaan peminat-peminat yang dikasihi.

Pertama sekali, kami menjalinkan hubungan dengan perasaan yang baik tetapi sila buang perkataan ‘transfer’-beralih, bertukar). Memang kami bertemu di pameran fotonya, tetapi itu melalui rakan jurugambar saya, dan saya singgah untuk bertanya khabar apabila saya mendengar bahawa kami mungkin bekerjasama dalam projek yang sama.

Kedua, perasaan cinta kami mulai berputik  pada awal 2024, dan saya diberitahu dia masih single pada awal 2023 manakala artikel perpisahan itu diterbitkan pada bulan November. Berdasarkan fakta ini, saya terus menjaga perasaan dan hubungan saya.

Ketiga, berkenaan perkongsian saya di Instagram Story yang menyedihkan itu. Ya, ia tidak masuk akal dan membosankan. Sepatutnya saya berdiam diri tetapi saya seperti hilang sabar seketika dan bertindak melulu kerana terpaksa melihat dan mendengar segala khabar angin dan cerita tentang saya di luar kehendak saya. Berkenaan hal ini, saya secara peribadi akan memohon maaf kepada beliau (Hyeri) dan saya juga memohon maaf kepada anda semua kerana terpaksa menyaksikan siap tidak matang saya. Saya terlalu mengikut emosi. Saya minta maaf.

– Han So Hee

8. Agensi Ryu Jun Yeol beri pengesahan

Susulan catatan blog Han So Hee, agensi Ryu Jun Yeol, C-JeS Studio, turut mengesahkan bahawa aktor itu sedang menjalinkan hubungan romantik dengan Han So Hee dalam satu kenyataan yang dikongsikan dengan outlet media Star News.

Hello, ini adalah C-JeS Studios.

Bermula dengan laporan mengenai kehadiran mereka di Hawaii, artikel spekulatif mengenai kehidupan peribadi Ryu Jun Yeol mula muncul. Kami ingin memberitahu anda kebenarannya.

Ryu Jun Yeol dan Han So Hee mula bercinta pada awal 2024. Dia mengenali Han So Hee selepas hubungannya dengan Hyeri berakhir dan baru-baru ini, mereka rapat antara satu sama lain.

Kami meminta jasa baik media untuk menghormati privasi mereka, dan bukannya memberi tumpuan kepada pengesahan rasmi (percintaan mereka), kerana semua ini berpunca daripada rakaman tanpa kebenaran oleh individu terbabit semasa mereka berdua bercuti. Tetapi apabila kami enggan mengulas, hak peribadi pelakon itu telah dicabuli dengan serius kerana kesalahfahaman serta spekulasi tidak berasas telah tular dengan meluas sejak dua hari ini. Jadi kami mohon kerjasama anda semua untuk memahaminya.

Untuk melindungi hak peribadi Ryu Jun Yeol, kami tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kehidupan peribadi artis kami. Kami harap anda semua memahaminya.

Selain itu, pasukan undang-undang kami akan mengambil tindakan tegas  terhadap siaran yang berunsur fitnah atau berniat jahat dalam menyebarkan maklumat palsu, yang ditujukan kepada pelakon kami. Terima kasih.

– CJes Studios

Sumber : 1, 2, 3,

loading...