3 Sebab Mengendap Cha Eun Woo Dengan Lebih Dekat

Pemilik wajah manis ini dilahirkan dengan nama cukup indah, Lee Dong Min tapi lebih mudah dikenali oleh peminatnya dengan nama samaran, Cha Eun Woo. Tak pernah menyangka boleh menjadi selebriti, Cha Eun Woo direkruit pertama kali sewaktu dia sebagai  budak sekolah pada masa itu, sedang menuju ke tandas untuk membuang air.  Ini diakui sendiri oleh Cha Eun Woo semasa sesi santai ‘Immortal Songs’. Agak kelakar, bukan? Begitu cepat sekali keputusan diambil pengurus Fantagio apabila terlintas dihadapannya kelibat seseorang yang mempunyai potensi besar di masa hadapan atas kejambuan wajahnya yang jelas terserlah di usia remaja.

Begitu comel sekali rupa Cha Eun Woo ketika dalam usia remaja.

Seterusnya, dia diangkat sebagai pelatih ke-4 yang dipilih secara terus oleh Fantagio ITeens untuk menggerakkan kumpulan Kpop yang diberikan nama sebagai Astro.

Sepanjang berada di dalam Astro, Cha Eun Woo banyak menyumbangkan keringatnya sebagai vokalis Astro kerana jenis suara tenor dimilikinya. Usahanya agak membuahkan hasil apabila album kelima mereka, Dream Part. 01 berjaya menduduki no.1 dalam carta mingguan album terlaris oleh Gaon Music Charts, dibantu dengan single “Baby” yang agak ‘catchy’ dan menarik perhatian marhaen. Pengkritik muzik berpendapat suara Cha Eun Woo kedengaran melegakan walaupun pada kadar pitch yang agak tinggi bagi seorang pemilik vokal tenor selain dikurniakan pakej rupa yang betul-betul menyedapkan mata memandang semanis L Myung Soo Infinite apabila kerap kali tersenyum.

Hendak penulis tegaskan bahawasanya kejayaan sebenar Cha Eun Woo tidak terletak pada nyanyiannya semata-mata, tapi bidang lakonan yang cuba diceburinya sejak sekian lama bermula dengan bakat ditonjolkannya di dalam filem My Brilliant Life sebagai pengidap penyakit genetik progeria. Bagi memantapkan seni lakonannya dan mempraktikkan apa yang dipelajari di Sungkyunwan University, Cha Eun Woo beberapa kali mengambil bahagian di dalam industri drama korea dan akhirnya menjadi pelakon utama di samping Im Soo Hyang di dalam drama jtbc My ID is Gangnam Beauty.

 

Drama My ID is Gangnam Beauty tidak diramalkan akan sukses pada awalnya. Im Soo Hyang yang mendapat undian tertinggi oleh fans webtoon atas pengalaman sebagai pengguna pembedahan kosmetik dipasangkan pula dengan remaja kacak berwajah jambu yang agak menyerupai gambaran webtoon tersebut, yakni Cha Eun Woo. Ternyata agak berhasil formula gandingan mereka. Kehadiran Cha Eun Woo yang  tak lekang dengan senyuman membuatkan penonton drama ini tak duduk diam memerhatikan gelagat mesranya bersama Im Soo Hyang bagaikan pinang dibelah dua meskipun usia mereka dipisahkan tujuh tahun bezanya.

Cha Eun Woo memegang watak sebagai Do Kyung Seok, hadirnya seorang lelaki yang memberi sinar harapan buat Kang Mi Rae (Im Soo Hyang) bagi memulihkan semangatnya kembali ketika dikecam orang ramai kerana menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk mengubah kehodohan wajah asalnya. Walaupun begitu, Cha Eun Woo telah dikritik atas lakonan yang stagnan dan hanya bergantung kepada pameran wajah semata-mata tetapi ia tak mematahkan keazaman Cha Eun Woo untuk terus berlakon.

“Mula-mula saya sangkakan ia suatu bebanan . Tapi apa perlu saya buat ialah fokus dan laksanakan apa yang termampu, ” katanya seperti dipetik daripada keratan ringkas temuduga yang akan dipaparkan di dalam majalah Elle pada awal October 2018 tak lama lagi.

Im Soo Hyang turut memuji Cha Eun Woo yang mungkin tampak tak banyak bercakap di luar penggambaran tapi sebenarnya seorang yang betul-betul periang dan menggembirakan hatinya. “Kami macam Tom & Jerry. Suka mengusik antara satu sama lain sampaikan satu keadaan kami tak rasa pun dipisahkan usia 7 tahun.”

Sudah cukup puaskah mengendap Cha Eun Woo? Belum lagi. Kami akan menghidangkan 3 trivia menarik tentang Cha Eun Woo yang  korang perlu tahu.

1. Keunikan Cha Eun Woo sebenarnya terletak pada keningnya yang panjang melentik

Agak jarang sekali melihat selebriti Korea yang memiliki kening lebat yang panjang melentik, tetapi itulah titik tambah ketampanan buat Cha Eun Woo menjadikannya sangat digilai ramai.

2. Berenang sebagai hobi utama

Semestinya lautan bergelora dipilihnya sebagai destinasi utama untuk berenang dan menikmati deruan ombak membadai pantai.

3. Digelar sebagai loceng sarapan pagi oleh rakan-rakannya di dalam Astro

Kerana seringkali bangkit awal pagi, Cha Eun Woo suka mengejutkan rakan-rakan Astro-nya yang suka tidur pagi dan akan menyibukkan mereka dengan aktiviti pagi. Tak puas lah nak sambung tidur kalau ada Cha Eun Woo di sisi.

Akhir sekali, jom dengar pula single ‘Rainbow Falling’ dendangan Cha Eun Woo yang dimuatkan sebagai OST drama jtbc My ID is Gangnam Beauty.

 

Sumber: hankooki , dramafever ,ohmynews

loading...