Sekuel drama popular tvN “Signal” telah diumumkan
Pada 13 Mac (waktu tempatan), penulis Kim Eun Hee dan Ketua Pegawai Eksekutif B.A. Entertainment Jang Won Seok menghadiri sebuah majlis yang diadakan di Universiti La Sapienza di Rom di mana mereka membincangkan kandungan Korea bersama-sama dengan penulis, pelakon dan penerbit.
Pada majlis itu, pengarah Jang Won Seok secara rasmi mengumumkan, “Kami sedang menyediakan Musim 2 drama ‘Signal’ bersama-sama dengan penulis Kim Eun Hee.” Dilaporkan bahawa penulis Kim Eun Hee dan pengarah Jang Won Seok, yang sebelum ini bekerja bersama dalam drama SBS “Revenant” pada 2023, juga merancang untuk mengerjakan projek baharu bersama.
Kim Eun Hee secara konsisten menyatakan hasratnya untuk menghasilkan “Signal 2” dalam beberapa temu bual pada tahun 2021.
Oleh kerana sudah pasti ada perkara yang tidak boleh diperkatakan dalam ‘Signal’, saya ada keinginan dan kemahuan untuk membuat ‘Signal 2’, walau apa cara sekalipun. Bolehkah saya melakukannya? Saya benar-benar mahu tunjukkan kepada semua sebelum saya memilih untuk bersara.
Hasrat untuk menghasilkan “Signal 2” telah disahkan semula dalam satu acara khas pada Oktober 2023.
Pertama kali disiarkan pada 2016, “Signal” adalah antara drama korea terbaik pernah dihasilkan yang mana ianya mengekploitasi konsep ruang dan masa bagi menyelesaikan kes -kes kriminal yang telah terkubur. “Signal” mengisahkan sekumpulan detektif yang boleh berhubung antara masa lalu dan masa kini melalui sebuah walkie-talkie yang lama. Park Hae Young (Lee Je Hoon), detektif bertaraf leftenan di masa sekarang secara tak sengaja menghubungi Lee Jae Han (Jo Jin Woong), seorang detektif polis yang dilaporkan menghilangkan diri pada masa lalu melalui walkie talkie. Mereka berhubung berulang kali melalui rangka masa yang berbeza dan menemukan mereka pada setiap kes-kes kriminal yang tak berjaya diselesaikan Lee Jae Han yang membawa kesannya pada hidup Park Hae Young pada masa sekarang.
Perbincangan tentang musim baharu muncul apabila diepisod terakhir sebuah nota misteri ditinggalkan kepada Park Hae Yeong dan Cha Soo Hyeon (Kim Hye Soo). Perkara ini menjadi penyebab kemungkinan cerita ini akan bersambung di masa hadapan. “Signal” telah memenangi Drama Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-52 dan dipuji sebagai drama yang dihasilkan dengan baik dengan mengekalkan kualiti terbaiknya sehingga episod terakhir dengan lakonan hebat oleh pelakon utama Lee Je Hoon, Jo Jin Woong, Kim Hye Soo, dan ramai lagi.
Untuk maklumat tambahan, drama “Signal” ini juga telah mendominasi kemenangan di 5th CariKdrama Awards, antaranya Best Drama, Best Director, Best Screenplay, Best Actor dan Favorite Drama.
Yang pasti dengan pengumuman ini menjadikan para peminat drama “Signal” semakin teruja. Rata-rata tidak sabar untuk menantikan kesinambungan daripada musim pertama dan menyatakan terima kasih mereka kepada penulis serta merealisasikan sekuel drama ini.
Sumber : 1