ONEUS akan buat penampilan pertama di Malaysia untuk siri Jelajah Dunia ke-2 mereka ‘La Dolce Vita’ Mei ini

Pembelian tiket awal mulai 19 Mac ini memberi faedah kepada peminat 

Khabar gembira untuk peminat ONEUS kerana boy band sensasi dari Korea Selatan itu akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia sebagai  sebahagian daripada jelajah mereka! 

2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Soul &  Joy Entertainment, anjuran bersama SEAE dan Shining Star, dengan 43 sebagai Promoter  pada hari Sabtu, 4 Mei, jam 6 petang bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Tiket akan mula dijual pada 19 Mac  melalui my.bookmyshow.com/oneus2nd dan KLOOK. 

ONEUS yang dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label RBW.  Lagu-lagu dendangan ONEUS berjaya menduduki carta teratas termasuk satu album studio dan 10 album mini yang menampilkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan  Sepanyol. 

Terkenal dengan lagu hits seperti “Valkyrie”, “LIT”, “No diggity”, “Same Scent”, “LUNA” dan  sebagainya, ONEUS telah menjalankan siri jelajah melangkaui Korea ke bandar bandar di seluruh Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, sekaligus membuktikan sambutan hebat yang diterima mereka diperingkat antarabangsa. 

Memandangkan ‘La Dolce Vita’ bermaksud ‘kehidupan yang manis’, peminat ONEUS (dikenali sebagai TOMOON)  di Malaysia boleh melihat kelima-lima anggota ONEUS secara  bersemuka dipersembahan yang merangkumi intipati muzik dan karisma mereka. 

Tiket untuk 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ di Kuala Lumpur datang dengan  faedah peminat pada harga berikut, tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan yuran  operasi RM10 setiap tiket.

  • VIP ROCK ZONE [Berdiri] – RM688 

 (Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat  bertuah.) 

  • CAT 1 [Berdiri] – RM588 

 (Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat  bertuah.) 

  • CAT 2 [Duduk] – RM488 

 (Mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat bertuah.) 

  • CAT 3 [Berdiri] – RM388 

(Mendapat kad foto bercetak.)  

ERA, MY dan GOXUAN sebagai Rakan Media Rasmi. 

Ikuti www.instagram.com/43_ent dan www.facebook.com/43ent untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini.  Jom tonton teaser siri jelajah ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ di bawah.

loading...