Mulakan siri jelajah yang baharu, TREASURE kembali ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini

TREASURE, kumpulan lelaki KPOP dari salah satu “Big Three” syarikat hiburan Korea Selatan, YG Entertainment, akan mengadakan konsert “2024 TREASURE RELAY TOUR [REBOOT]” di Malaysia. Konsert ini menandakan kepulangan mereka ke Malaysia dalam tempoh setahun lebih sejak “2023 TREASURE TOUR [HELLO]”.

Syarikat pengurusan TREASURE, YG Entertainment mengumumkan bahawa TREASURE akan memulakan jelajah Asia mereka, “2024 TREASURE RELAY TOUR [REBOOT]” pada bulan Mei. Jelajah itu akan merangkumi lima bandar dengan jumlah lapan konsert, di mana persembahan mereka di Kuala Lumpur akan berlangsung pada 22 Jun.

Pada Ogos 2023, TREASURE kembali dengan album penuh kedua mereka “REBOOT” dengan lagu utama “BONA BONA” yang menduduki tempat teratas carta iTunes di 20 negara dan wilayah. Jumlah jualan “REBOOT” melebihi 1.72 juta salinan, iaitu tiga kali ganda melebihi jualan album mini kedua mereka, “THE SECOND STEP: CHAPTER TWO” yang dikeluarkan pada Oktober 2022, dan sekaligus merekodkan jualan pertama TREASURE yang melebihi jutaan salinan.

Selepas setahun, TREASURE mengotakan janji mereka untuk “TEUME” (nama fandom TREASURE) Malaysia dan kembali ke negara ini untuk sebuah lagi konsert! “2024 TREASURE RELAY TOUR [REBOOT]” bermula di Fukuoka, Jepun pada 6 Januari dan akan melawati lima bandar termasuk Manila, Hong Kong, Bangkok, Kuala Lumpur dan Jakarta mulai Mei ini.

“2024 TREASURE RELAY TOUR [REBOOT] IN KUALA LUMPUR” anjuran iMe MY, akan berlangsung pada 22 Jun 2024, di Axiata Arena Bukit Jalil. Harga tiket adalah seperti berikut: RM998 (VIP STANDING), RM898 (PS1), RM798 (PS2), RM698 (PS3), RM598 (PS4), RM498 (PS5), dan RM398 (PS6), tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Tiket untuk “2024 TREASURE RELAY TOUR [REBOOT] IN KUALA LUMPUR” akan tersedia untuk pra-jualan untuk ahli WEVERSE pada 18 Mac 2024 jam 12:00 tengah hari manakala jualan am akan bermula pada 19 Mac 2024 jam 12:00 tengah hari . Untuk mengambil bahagian dalam pra-jualan, peminat mesti mendaftar sebagai ahli antara 8-10 Mac 2024. Tiket boleh dibeli melalui laman web jualan tiket rasmi, my.bookmyshow.com dan terhad kepada 4 tiket seorang.

Untuk maklumat lanjut, follow media sosial rasmi iMe Malaysia [Facebook, IG, Twitter]

Kredit foto : YG Entertainment

loading...