Saling menghargai dan cipta kenangan bersama, FTISLAND janji untuk kembali lagi ke Kuala Lumpur tahun depan

FTISLAND sememangnya meninggalkan peminat di Malaysia dengan sebuah kenangan yang begitu berharga dan kami merasakan masa yang dikongsi bersama begitu cepat berlalu. Dengan gelagat Hongki, Min Hwan, Jae Jin dan Chu yang memikat hati serta tidak janggal berinteraksi dengan peminat, persembahan yang memukau dan lantunan vokal Hongki yang merdu, peminat seolah tidak bersedia untuk melepaskan kumpulan itu. Masih belum cukup lagi untuk kami mencipta kenangan bersama.

Pada 24 Februari lepas, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, telah berlangsungnya konsert 2024 FTISLAND LIVE ‘HEY DAY’ IN KUALA LUMPUR. Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan lagenda ini bahkan tiket konsert mereka habis dijual dalam tempoh 48 jam sahaja. Untuk pengetahuan,  FTISLAND kembali mengunjungi Kuala Lumpur dalam tempoh 5 tahun selepas K-Wave Music Festival 3 pada tahun 2018.

Kehadiran kumpulan FTISLAND yang dianggotai oleh Lee Hongki, Choi Min Hwan dan Lee Jae Jin sentiasa dinanti peminat mereka yang dikenali sebagai PRIMADONNA. Turut menyertai siri jelajah FTISLAND adalah seorang gitaris yang tidak kurang hebatnya iaitu Lee Euisu. Dengan kejayaan pihak penganjur, Qew Communications Sdn Bhd membawakan kumpulan tersebut ke Kuala Lumpur, ia sekaligus merealisasikan impian peminat. Sejak awal pengumuman konsert, rata-rata peminat tidak sabar untuk menyaksikan kumpulan lagenda ini beraksi secara langsung. Penulis juga tidak terkecuali.

Perkarangan Zepp Kuala Lumpur dibanjiri dengan peminat sejak dari awal dengan pemaikaian berwarna hitam dan kuning di mana warna tersebut merupakan warna fandom kumpulan FTISLAND. Masing-masing tidak lepas untuk merakamkan momen indah mereka sepanjang menghadiri FTISLAND LIVE ‘HEY DAY’ IN KUALA LUMPUR. 

Boleh kata keadaan di Zepp KL pada malam konsert berstatus ‘full house’. Jadi, penangan dan aura FTISLAND tidak boleh disangkal lagi.  Keadaan dalam dewan disinari dengan light stick dan tatkala disoroti lampu L.E.D warna kuning memenuhi segenap ruang.

FTISLAND membuka tirai konsert dengan lagu “Theory of Happiness” dan kemunculan mereka disambut dengan sorakan teruja peminat. Persembahan yang penuh bertenaga mereka berjaya membuat para peminat terpukau dan ada di antara mereka turut sama menyanyikan lagu itu. Usai tamat menyanyikan lagu pengenalan,  Lee Hongki sempat menyapa peminat. Dia dilihat teruja melihatkan dress-code peminatnya yang rata-rata mengenakan warna hitam dan kuning. Lantas memerhati dirinya sendiri dan menyedari tiada sedikit pun warna kuning pada pakaian yang dipakainya. Lalu, Jaejin mengangkat kasutnya yang berwarna kuning dan membuktikan dia masih mengikuti dress-code yang disediakan dan disambut dengan tawa audience.

Tidak terhenti disitu, FTISLAND menyambung kembali persembahan hebat mereka dan turut menyampaikan lagu-lagu seperti Falling Star and I Hope, Champagne and Puppy, Freedom, After Love, Love Sick and Thunder, Not Enough, All of my Life, Wind, Drum Solo oleh  Min hwan, Take Me Now, Broken, Time To, Sage, Rising Star, I’m Still Here, Beautiful, FT Island, A Man’s First Love Goes to The Grave dan akhir sekali Primadonna. Apa yang penulis suka tentang Zepp KL adalah sistem bunyinya yang memberikan kepuasan buat khalayak. Dengan vokal mantap Lee Hongki, kehebatan Min Hwan bermain drum serta Jae Jin bermain bass, ditambah pengalaman mereka beraksi secara langsung ia sekaligus memberi pulangan berbaloi buat peminat yang membeli tiket. Pokok pamgkalnya, persembahan mereka tidak perlu diragukan. FTISLAND sentiasa memberikan yang terbaik buat peminatnya.

Sepanjang perjalanan konsert, biarpun dalam keadaan berdiri peminat tetap bertenaga dan turut menyanyi bersama FTISLAND. Bahkan, Hongki turut terharu dan memuji peminatnya di Malaysia terutamanya yang sentiasa memberikan sokongan yang luar biasa buat FTISLAND. Biarpun sedikit letih membuat persembahan di atas pentas, tetapi semangat yang ditunjukkan oleh peminat, membuatkan mereka kembali bertenaga menghiburkan penonton. Ini membuatkan mereka ingin bertemu dengan peminatnya di sini dengan lebih kerap. Hongki menyatakan seandainya mereka boleh membuat konsert dua kali setahun di Kuala Lumpur. Nah, ibarat disorongkan bantal pastinya penyataan ini disambut gembira oleh para peminat. Apa yang pasti, FTISLAND berjanji untuk kembali ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Berbicara tentang perjalanan karier muzik mereka, Hongki pernah berfikir untuk bersara. Namun, disebabkan sokongan dan kasih sayang yang luar biasa diterima mereka, dia membatalkan hasrat untuk bersara dan akan terus menghiburkan PRIMADONNA. Katanya lagi, biarpun masa beredar FTISLAND akan cuba untuk menjadi antara kumpulan muzik Korea Selatan yang terbaik. Mereka akan mendedikasikan muzik dan passion mereka kepada peminat yang tersayang.

Lee Hongki
Choi Min Hwan
Lee Jae Jin

Keseluruhannya, FTISLAND berjaya memberikan persembahan yang begitu bertenaga sehinggakan penonton terasa bahangnya. Peminat seakan tidak puas menikmati persembahan kumpulan itu dan inginkan ianya diteruskan. Pujian harus diberikan kepada PRIMADONNA Malaysia kerana berjaya menunjukkan sikap professional sepanjang konsert ini berlangsung biarpun mereka begitu teruja untuk ikut serta menyanyi. FTISLAND akan kekal dihati para peminatnya kerana tidak akan ada sesiapapun yang bisa menggantiikan mereka kerana mereka adalah lagenda!

Terima kasih KMania ucapkan kepada penganjur kerana menghadirkan kembali FTISLAND ke Kuala Lumpur dan terima kasih juga kerana memberi kami peluang untuk menjadi saksi kepada persembahan yang hebat ini. Kehadiran mereka kali ini pastinya meninggalkan kenangan terindah buat para peminat dan kumpulan itu sendiri. Seandainya FTISLAND kembali ke Malaysia untuk konsert akan datang, kami mengharapkan agar ianya dapat diadakan disuatu tempat yang boleh memuatkan lebih ramai peminat.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagramTikTok dan Youtube untuk  mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea!

kredit foto : Qew Communications Sdn Bhd

loading...