Pelakon Kim Min Cheol akan kahwini kekasih hatinya

Pelakon Kim Min Cheol akan berkahwin!

Pada 14 September, agensi Kim Min Cheol; NEVER DIE Entertainment mengumumkan bahawa Kim Min Cheol dan teman wanita bukan selebritinya, yang sudah lima tahun bercinta, akan berkahwin pada awal Oktober di sebuah hotel di Seoul.

Baca siaran Instagram penuhnya yang mengumumkan berita di bawah:

Saya bercadang untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan kawan baik saya, yang telah berkongsi kenangan yang sama dengan saya untuk masa yang lama. Saya akan berkahwin pada 8 Oktober! Saya akan melawat dan menyantuni anda semua, tetapi bagi mereka yang tidak dapat saya temui secara peribadi, saya akan menghubungi anda [secara berasingan]. Jumpa anda di majlis perkahwinan. Sila datang dan meraikan majlis ini bersama saya!

Kim Min Cheol membuat penampilan sulungnya pada tahun 2015 menerusi drama MBC “Victory Tomorrow.” Sejak itu, beliau telah menarik perhatian dalam pelbagai projek seperti SBS “Doctor” dan tvN “Birthcare Center.”

Tahniah kepada Kim Min Cheol dan pasangannya!

Sumber : newsis | enews

 

loading...