Siri jenayah mendebarkan “Gangnam B-Side” gandingan Jo Woojin & Ji Chang Wook akan tayang di Disney+ Hotstar pada akhir tahun 2024

Peminat drama yang bertemakan jenayah, aksi dan penyiasatan, “Gangnam B-Side” mungkin menjadi pilihan korang. “Gangnam B-Side” akan disiarkan secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar, dan pastinya menjanjikan pengalaman mendebarkan yang menyajikan pelbagai lapisan jenayah, dadah dan rasuah di kawasan Gangnam yang penuh daya tarikan.

“Gangnam B-Side” mengisahkan seorang detektif buangan yang diserap semula ke dalam barisan hadapan selepas rakan anak perempuannya hilang. Disebabkan itu, memaksa detektif terbabit kembali terlibat dalam dunia gelap penuh tipu daya.

Terletak jauh di antara lampu kota besar, dia terpaksa melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan barisan terakhir wanita yang hilang di kawasan Gangnam. Detektif itu terus cuba membongkar kebenaran, yang bersedia untuk mengancam dan menjatuhkan elit terkaya di bandar itu.

“Gangnam B-Side” dibintangi oleh Jo Woojin sebagai pegawai elit dan detektif buangan Kang Dongwoo, serta Ji Changwook (The Worst of Evil, Backstreet Rookie) sebagai penguatkuasa  undang-undang jalanan Yoon Gilho. Drama ini ditulis oleh Joo Wongyu (Argon) dan diarahkan oleh Park Noori (Wang).

Peminat siri Korea boleh melanggan Disney+ Hotstar untuk menikmati akses segera kepada drama Korea menarik lain termasuk “The Worst Of Evil”, yang dibintangi Ji Chang Wook sebagai detektif yang menyamar dan menyusup ke dalam kumpulan baru yang berbahaya. Anda juga boleh menonton drama yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti “Big Bet,” lakonan pelakon lagenda Choi Min Sik, sebagai usahawan bersiri yang berusaha keras untuk membina perniagaan kasinonya yang sedang berkembang dan “Moving,” mengenai sekumpulan ejen khas Korea Selatan yang bekerja untuk melindungi anak-anak mereka yang mempunyai super-power daripada bahaya dan eksploitasi.

Strim “Gangnam B-Side” akhir tahun ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...