Pelakon Kim Bo Ra umum akan melangsungkan perkahwinan Jun ini

Kim Bo Ra secara rasminya telah mengumumkan rancangannya untuk berkahwin pada tahun ini!

Pada 5 Mac, agensi pelakon tersebuk noon company telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. noon company di sini

Kami ingin berkongsi berita gembira mengenai pelakon dari agensi kami, Kim Bo Ra.

Kim Bo Ra akan berkahwin pada bulan Jun tahun ini.

Pasangannya, Jo Ba Reun ialah seorang pengarah filem, dan selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun berdasarkan kepercayaan dan keyakinan, mereka telah mencapai keputusan bersama untuk berkahwin.

Perkahwinan itu bagaimanapun akan diadakan secara tertutup bersama keluarga, saudara mara, dan kenalan rapat mereka.

Kami memohon sokongan dan restu yang melimpah ruah kepada Kim Bo Ra yang akan memasuki fasa perjalanan yang baharu, dan teruskan menyokong dan berikan kasih sayang yang yang tinggi untuk pelakon Kim Bo Ra yang akan terus mengalu-alukan anda dengan projek-projek hebat.

Terima kasih.

Dilahirkan pada tahun 1995, Kim Bo Ra memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi drama “Wedding” pada tahun 2005 dan namanya semakin dikenali selepas mencuri perhatian ramai menerusi lakonannya dalam drama “SKY Castle” pada 2018. Jo Ba Reun pula merupakan seorang pengarah filem yang dilahirkan pada tahun 1989. Kedua-duanya pertama kali bertemu apabila Kim Bo Ra membintangi filem Jo Ba Reun “The Night Shift” pada tahun 2021.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan kekasih ini!

Sumber : 1 | 2

loading...