Mac 2024 tayang 9 lagi drama Korea terbaru dengan barisan pelakon hebat untuk tontonan anda

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Mac 2024 ini, ada 8 drama Korea termasuk 1 filem original Netflix terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Wonderful World

  • Tarikh Tayangan: 1 Mac 2024
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Kim Nam Joo, Cha Eun Woo, Kim Kang Woo, Im Semi

“Wonderful World” yang membawa tema misteri-thriller berkisar tentang Eun Soo-hyun, seorang profesor psikologi terkenal dan penulis yang hidupnya menjadi huru-hara selepas kematian anak lelakinya dengan cara tidak adil. Lebih teruk lagi, orang yang bertanggungjawab atas kematian anaknya tidak dihukum. Eun Soo Hyun hilang harapan dan memutuskan untuk menghukum orang yang bertanggungjawab atas kematian anaknya.

Tatkala Soo-hyun dalam keputusasaan dan masih bersedih atas kehilangan, dia bertemu dengan Sun Yool seorang jejaka yang penuh misteri dan pernah berdepan dengan situasi yang sama. Keduanya mencari ketenangan antara satu sama lain dan cuba membongkar misteri disebalik yang berlaku kepada orang yang mereka sayangi

2. Queen of Tears

 

  • Tarikh Tayangan: 9 Mac 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Kwak Dong Yeon, Park Sung Hoon, Lee Joo Bin

“Queen of Tears” mengikuti perjalanan pasangan suami isteri yang kaya ketika mereka berdepan dengan pelbagai krisis. Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) adalah kebanggaan orang kampungnya selepas menamatkan pengajian di universiti berprestij dan menjadi seorang peguam. Dia akhirnya berkahwin dengan Hong Hae-in (Kim Ji-won), dan kini sebagai pengarah undang-undang konglomerat Queens Group.

Sementara itu, Hae-in merupakan anak perempuan generasi ketiga konglomerat itu, dan bekerja sebagai pengarah Queens Department Store di mana dia terkenal dengan keangkuhannya. Siri ini  akan menceritakan bagaimana mereka kekal bersama dalam segala rintangan disaat mereka menemui peluang untuk menulis semula kisah cinta mereka.

3. Midnight Photo Studio

  • Tarikh Tayangan: 11 Mac 2024
  • Penyiar: K-Plus Asia Astro Ch396 & Astro Go, Setiap Isnin & Selasa, 10.30 PM MYT
  • Barisan Pelakon: Joo Won, Kwon Nara, Yoo In Soo, Eum Moon Suk

Drama fantasi “Midnight Photo Studio” berkisar tentang studio foto kecil yang dikendalikan oleh jurugambar Seo Ki-joo (Joo Won) untuk pelanggan istimewanya, hantu. Dibantu oleh penolong pengurus Go (Yoo In-soo) dan Baek Nam-gu (Eum Moon-suk), dia mengambil potret hantu yang melawat ke studio gambar tersebut dan mendengar cerita mereka.

Sementara itu, Han Bom (Kwon Na-ra) adalah seorang peguam yang penuh semangat dan tidak akan bertolak ansur  dengan ketidakadilan. Dia akhirnya menjadi rakan kongsi dengan studio foto Ki-joo dan mengetahui tentang pelanggan peliknya.

4. Chicken Nugget

  • Tarikh Tayangan: 15 Mac 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Ryu Seung Ryong, Ahn Jae Hong

Siri “Chicken Nugget” ini hadir dengan sebuah kisah unik di mana seorang wanita memasuki mesin pelik dan menjadi nugget ayam. Kini si bapa dan seorang pelatih di syarikatnya yang juga menaruh perasaan terhadap wanita itu berjuang dan melakukan pelbagai perkara untuk mengembalikan wanita tersebut kepada bentuk manusia.

5. Let’s Get Grabbed by the Collar / Nothing Uncovered

  • Tarikh Tayangan: 18 Mac 2024
  • Penyiar: Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Kim Ha-neul, Yeon Woo-jin, Jang Seung-jo

Seo Jung-won (Kim Ha-neul) ialah seorang wartawan terkenal dan pengacara program televisyen hal ehwal semasa ‘Let’s Get Grabbed by the Collar’, yang mendedahkan penjenayah di sebalik jenayah yang berbeza. Selain disayangi oleh penonton, dia merupakan isteri kepada Seol Woo-jae (Jang Seung-jo) yang kaya dan kehidupannya kelihatan sempurna.

Namun, segala-galanya berubah apabila perempuan simpanan suaminya secara tiba-tiba meninggal secara misteri. Dek kerana patah hati dan kecewa selepas mendapat tahu tentang hubungan sulit suaminya, kehidupan Jung-won bertambah buruk apabila dia menjadi suspek utama dalam kematian tersebut dan menjadi perhatian serta buruan media. Bertemu dengan detektif Kim Tae-heon (Yeon Woo-jin) yang juga merupakan kenalannya, mereka bekerjasama untuk membongkar kebenaran dan membersihkan namanya.

6. Hide

  • Tarikh Tayangan: 23 Mac 2024
  • Penyiar: K-Plus Asia Astro Ch396 & Astro Go, Setiap Sabtu & Ahad, 10.30 PM MYT
  • Barisan Pelakon: Lee Bo Young, Lee Mu Saeng, Lee Chung Ah, Lee Min Jae

Dalam drama thriller misteri ini, ia akan  mengikuti pencarian Na Moon-young (Lee Bo Young), yang mana suaminya Cha Sung-jae (Lee Moo-saeng) hilang secara tiba-tiba. Dia juga turut cuba membongkar rahsia di sebalik kehilangan suaminya.

Walau bagaimanapun, klu kepada jawapannya mungkin lebih dekat daripada jangkaan, kerana jirannya Ha Yeon-joo (Lee Chung-ah) dan seorang lelaki misteri, Do Jin-woo (Lee Min-jae) nampaknya memegang kunci kepada kehilangan Sung-jae.

7. Beauty and the Devoted

  • Tarikh Tayangan: 23 Mac 2024
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Im Soo-hyang, Ji Hyun-woo, Go Yoon

“Beauty and the Devoted” adalah kisah cinta antara pelakon terkenal dan penerbit televisyen apabila sang pelakon itu mencecah titik terendah dalam hidupnya kerana sebuah insiden. Im Soo-hyang membawakan watak Park Do-ra, seorang pelakon terkenal yang kariernya merudum jatuh dalam tempoh waktu semalaman. Penerbit Go Pil-sung (Ji Hyun-woo), yang sentiasa menyayanginya, memilih untuk kekal di sisinya dan membantunya untuk bangkit kembali.

Siri ini akan mengikuti percintaan antara kedua-duanya kerana mereka akhirnya mendedahkan kebenaran tentang Do-ra kepada umum dan memulihkan semula reputasinya.

8. The Escape Of The Seven: Resurrection

  • Tarikh Tayangan: 29 Mac 2024
  • Penyiar: SBS | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Uhm Ki Joon, Hwang Jung Eum, Lee Joon, Lee Yoo Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon, Jo Yoon Hee, Jo Jae Yoon, Yoon Tae Young, & Lee Jung Shin

“The Escape Of The Seven: Resurrection” merupakan sekuel kepada drama popular “The Escape of the Seven,” yang disiarkan pada tahun 2023. Drama ini merupakan kisah balas dendam tentang seorang lelaki yang bermimpi untuk menjadi raja sebuah istana yang dibina berdasarkan berita palsu dan serangan balas tujuh orang terhadap kejahatannya.

9. My Name Is Loh Kiwan (K-Filem)

  • Tarikh Tayangan: 1 Mac 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Song Joong-ki, Choi Sung-eun

Filem Netflix “My Name Is Loh Kiwan” ini mengisahkan perjalanan seorang pembelot dari Korea Utara bernama Loh Kiwan, yang bergelut untuk mendapatkan suaka di Belgium, di mana dia bertemu dengan seorang wanita miskin yang terdesak.

New K-Dramas On Netflix And Viki For February 2021

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...