[GEMPAR] Pertama kali bertemu di Milan, Lee Jae Wook dan Karina aespa kini dalam fasa bercinta

Gempar media hiburan Korea pada hari ini apabila Lee Jae Wook dan Karina daripada kumpulan gadis aespa  sedang bercinta.

Pada 27 Februari, Dispatch melaporkan bahawa kedua-dua bintang ternama itu pertama kali bertemu disebuah pertunjukan fesyen Prada di Milan pada 14 Januari tahun ini dan sejak itu kedua mereka mula berkenalan dengan lebih rapat. Pertemuan mereka pada pertama kali rupanya telah membibitkan perasaan mesra dan menyuntik percintaan antara Lee Jae Wook dan Karina.

Dispatch juga melaporkan bahawa Lee Jae Wook dan Karina biasanya bertemu di kawasan kejiranan Lee Jae Wook dan telah dikesan pada lewat malam.

Tidak lama kemudian, selepas kedua-dua agensi Lee Jae Wook dan Karina aespa memberi maklumbalas awal mengenai laporan itu dengan menyatakan akan mengesahkan perkara tersebut, mereka telah memberi pernyataan sekali lagi dengan menyatakan kedua-dua mereka sedang mengenali dengan lebih mendalam.

Mereka berdua rapat dan cuba mengenali antara satu sama lain. Lee Jae Wook kini sedang menjalani penggambaran drama, dan kerana ini adalah kehidupan peribadinya, kami meminta privasi semua untuk menghormatinya.

– CJes Studios

Karina dan Lee Jae Wook dalam peringkat mengenali antara satu sama lain.

– SM Entertainment

Lee Jae Wook membuat debut lakonannya pada 2018 dalam drama “Memories of the Alhambra” (2018) dan sejak itu dia telah muncul dalam pelbagai drama Korea, seperti “Search: WWW” (2019), “Extraordinary You” (2019), “Alchemy of Souls” (2022) , “Death’s Game” (2023) dan yang terbaru akan bersiaran pada 28 Februari ini “The Impossible Heir”. Dia juga telah dianugerahkan Pelakon Baru Terbaik untuk drama Extraordinary You”di Anugerah Drama MBC 2019.

Sementara itu, Karina memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan gadis aespa pada 2020. Kumpulan yang dianggotai dengan empat ahli itu mencapai kejayaan menerusi lagu hit seperti ‘Black Mamba’, ‘Next Level’ dan ‘Drama’. Mereka juga telah memenangi ‘Rookie of the Year’, ‘Song of the Year’ , ‘Stage of the Year’,  dan banyak lagi di pelbagai acara muzik besar, seperti Anugerah Muzik Melon (MMA), Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA), Anugerah Cakera Emas (GDA), dan lain-lain.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...