‘Demon’ kacak, Song Kang akan mulakan khidmat tentera April ini

Pelakon Song Kang yang telah bintangi drama seperti ‘My Demon’, ‘Sweet Home 1 & 2’, ‘Nevertheless’ dan banyak lagi kini sedang bersiap sedia untuk menyertai khidmat tentera.

Pada 29 Februari, agensi pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello, Namoo Actors di sini.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada pelakon Song Kang, dan ini adalah notis mengenai penyertaan khidmat ketenteraan Song Kang.

Song Kang akan mendaftar sebagai askar bertugas aktif Tentera [Republik Korea] pada hari Selasa, 2 April.

Tidak akan ada sebarang acara rasmi yang diadakan ketika pelakon berkenaan mendaftar masuk ke pusat latihan rekrut. Song Kang akan mendaftar secara persendirian untuk mengelakkan sebarang kejadian tang tidak diingini seperti kesesakan di pusat pendaftaran. Jadi, kami amat berharap anda memahami dan ambil maklum.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan ramai agar Song Kang akan kembali dalam keadaan sihat dengan lebih matang selepas menyelesaikan perkhidmatan wajibnya dengan penuh dedikasi.

Terima kasih.

Semoga Song Kang dapat melaksanakan khidmat tenteranya dengan penuh tanggungjawab dan kembali dengan selamat serta pamerkan sisi lebih baik buat peminat.

Sumber :

loading...