Berikutan insiden merokok dalam kawasan larangan, Ji Chang Wook mohon maaf

Ji Chang Wook cetus kontroversi apabila pelakon itu dilihat merokok di dalam ruangan ketika penggambaran baru-baru ini. Tindakannya itu telah menyebabkan Ji Chang Wook mengundang kritikan daripada penonton dan netizen. Berikutan itu, agensi Ji Chang Wook telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi berhubung kontroversi tersebut.

Pada 26 Januari, drama terbaru Ji Chang Wook “Welcome to Samdalri” mengeluarkan video di sebalik tabir yang memuatkan rakaman pelakon itu menghisap rokok elektronik di set dalaman.

Adalah menyalahi undang-undang di Korea Selatan untuk merokok atau menghisap vape di tempat awam selain daripada kawasan merokok yang ditetapkan dan disebabkan itu rakaman tersebut mencetuskan kontroversi, dan pasukan produksi “Welcome to Samdalri” akhirnya memadamkan adegan itu.

Pada 11 Februari, agensi Ji Chang Wook; Spring Company mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello, Spring Company di sini.

Kami ingin memohon maaf kepada semua yang berasa tidak selesa dengan tindakan Ji Chang Wook dalam kandungan di sebalik tabir dramanya ‘Welcome To Samsadalri’ yang ditayangkan pada 26 Januari lalu. Ji Chang Wook juga telah mendapat kritikan hebat daripada ramai berikutan tersebarnya video tersebut.

Dalam kandungan video di sebalik tabir itu, terdapat adegan di mana Ji Chang Wook menghisap rokok elektronik ketika pengambaran dilakukan di dalam rumah. Adegan itu menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang menontonnya dan berpendapat ianya sebagai tindakan yang tidak wajar.

Pelakon Ji Chang Wook juga menyedari bahawa tingkah lakunya adalah tidak wajar, dan dia cukup kesal kerana telah mengecewakan ramai orang. Sekali lagi, kami memohon maaf kepada mereka yang telah menonton video itu termasuk para krew produksi, serta pelakon yang terlibat, dan penonton yang menyokong drama berkenaan.

Dengan mengambil kira kejadian ini, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga agar tindakan seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana menyebabkan ramai orang berasa bimbang tentang kejadian ini,

Terima kasih.

“Welcome to Samsadalri” drama terbitan JTBC dan turut disiarkan di Netflix telah pun menamatkan siarannya pada 21 Januari. Ia merupakan projek lakonan terbaru Ji Chang Wook disamping Shin Hye Sun dan drama berkenaan berjaya mencuri perhatian ramai penonton. Hampir keseluruhan pengambaran dijalankan di Pulau Jeju. Semoga Ji Chang Wook lebih berhati-hati selepas ini dan tidak lagi memperlihatkan tindakan yang tidak sesuai kepada orang ramai.

Sumber : 1

loading...