Selebriti Korea ini antara yang akan menamatkan khidmat tentera pada tahun 2024

Nampaknya tahun 2024 akan ada beberapa lagi idol dan pelakon yang dijangka akan menamatkan perkhidmatan tentera  masing-masing. Umum ketahui, bahawa lelaki di Korea wajib menjalani latihan ketenteraan termasuk selebriti (idol dan pelakon). Sekiranya ada yang sengaja mengelat, hukuman yang berat seperti dipenjara setia menanti. Mereka perlu mengikuti program perkhidmatan tentera sekurang-kurangnya selama 18 bulan atau selama 2 tahun bergantung kepada cabang tentera yang mereka sertai.

Pasti ramai peminat teruja dan gembira dalam menantikan kepulangan idol dan pelakon kesukaan mereka setelah mendedikasikan keringat mereka demi negara. Sudah pasti pemain industri juga akan menawarkan beberapa projek terbaru pada mereka sekaligus tanda kemunculan semula mereka dengan penampilan dan sisi yang baru.

Jom tengok siapa yang akan tamatkan khidmat tentera pada tahun 2024 ini.

1. Yonghoon ONEWE (11 Januari 2024)

Yonghoon dari kumpulan ONEWE merupakan ahli pertama yang menyertai khidmat tentera. Mendaftar masuk secara privasi pada 12 Julai, Yonghoon telah berkhidmat sebagai askar aktif dan telah menamatkan khidmatnya pada 11 Januari lalu.

2. Kanghyun ONEWE (1 Februari 2024)

Mengikut jejak Yonghoon, Kanghyun mendaftar masuk tentera pada 2 Ogos dan berkhidmat sebagai askar aktif.

3. Chan A.C.E (15 Februari 2024)

Chan merupakan ahli ketiga dari kumpulan A.C.E yang mendaftar masuk tentera dan telah berkhidmat sebagai askar aktif selepas tamat latihan asas. Chan akan menamatkan khidmat tenteranya pada 15 Februari ini.

4. Kang Tae Oh (19 Mac 2024)

Pelakon yang semakin mendapat tempat di hati peminat setelah memegang watak sebagai Lee Jun Ho dalam drama “Extraordinary Attorney Woo”telah memulakan khidmat tenteranya pada September 2022. Kang Tae Oh telah mengalami perubahan yang mengagumkan semasa perkhidmatan tenteranya, di mana peminat terpesona melihat fizikalnya yang berotot tambahan penampilannya nampak lebih lelaki dan matang apabila mengenakan uniform lengkap tentera. Rata-rata peminat seakan tidak sabar menantikan kepulangan Kang Tae Oh dan menyatakan karakter seorang askar nampak  hebat dengannya. Untuk pengetahuan juga, Kang Tae Oh telah dipilih sebagai pengajar latihan semasa berkhidmat dalam tentera dan telah menunjukkan sifat kepimpinan yang baik.

5. Ha Sung-woon (23 April 2024)

Ha Sung Woon telah mengangguhkan pendaftaran tenteranya sedikit lewat darik tarikh yang sebenar berikutan disahkan positif Covid-19. Fotonya dalam uniform lengkap tentera dan mengenakan beret mendapat perhatian peminat. Ia memperlihatkan sisi lain Ha Sung Woon yang tampak tampan dan bersemangat. Ketika sedang menjalankan tugas kepada negara, Ha Sung Woon sempat menghadiahkan sebuah lagu berjudul “Snowy Stars” kepada peminat. Lagu itu yang diriliskan  pada Februari 2023 itu telah direkod sebelum dia mendaftar masuk tentera.

6. Yoo Young Jae – Bekas ahli kumpulan B.A.P (7 Mei 2024)

Yoo Young Jae sempat berkumpul dengan rakan-rakan B.A.P yang lain sebelum mendaftar masuk ke tentera. Dia juga menyatakan kepada peminat akan menjalankan tanggujawabnya sebaik mungkin dan kembali semula bertemu mereka dengan menampilkan sisi yang baru. Antara drama terakhir lakonan Young Jae adalah menerusi “Police University” (2021) dan “Mimicus” (2022).

7. Cha Seo Won (Mei 2024)

Bintang “The Second Husband” Cha Seo Won juga bersedia untuk kembali tahun ini. Cha Seo Won juga dilaporkan mengalami kecederaan ringan semasa latihan asas tentera, tetapi selepas mendapatkan rawatan sewajarnya dia kembali pulih. Pelakon ini juga dikhabarkan akan berkahwin dengan cinta hatinya, Uhm Hyun Kyung selepas menamatkan khidmat tenteranya. Pasangan yang cintanya berputik dilokasi pengambaran itu juga telah menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.

8. Jin BTS ( 12 Jun 2024)

Jin merupakan anggota pertama BTS yang memulakan khidmat tentera wajib mereka. Jin telah mempamerkan prestasi yang cukup membanggakan ketika menjalani latihan sehingga dia dipilih sebagai penolong pengajar latihan sebagai jawatan tetap semasa perkhidmatan tentera. Tugas pembantu pengajar adalah untuk mendisiplinkan rekrut dan menunjukkan latihan ketenteraan. Perkara ini membuatkan ramai peminat lebih menghormati dan memandang tinggi Jin yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh wibawa dan rata-rata rakan rekrut serta pengurusan kem tentera senang berurusan dengannya. Antara idol Kpop yang sempat bersama Jin sebagai penolonh pengajar latihan adalah Yoon Winner!

9. Wonho (4 September 2024)

Wonho telah bersedia untuk melaksanakan khidmat tentera wajibnya. Selepas tamat latihan asas, Wonho akan berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam. Idol itu sempat menitip pesan kepada peminat yang menyatakan kenangannya bersama peminat akan menemaninya sepanjang berkhidmat dan akan kembali menemui mereka selepas tamat perkhidmatannya.

10. Cha Hoon N.Flying (18 September 2024)

Cha Hoon adalah anggota N.Flying pertama yang menjalani perkhidmatan tentera. Setelah menerima latihan asas ketenteraan Cha Hoon menunaikan kewajipan ketenteraannya dengan menyertai kumpulan band tentera.

11. Nam Joo Hyuk (19 September 2024)

Nam Joo Hyuk berkhidmat sebagai polis tentera setelah menamatkan latihan asasnya. Mengenakan uniform lengkap tentera mahupun uniform polis tentera, penampilan Nam Joo Hyuk tidak pernah gagal mencuri perhatian ramai. Dengan gaya maskulin, tampak tampan dan gagah, pelakon itu pernah mengiringi Presiden pada Hari Memperingati Angkatan Tentera ke-75 dan menjadi viral di media sosial. Nam Joo Hyuk juga pernah berkhidmat menjadi MC pada acara keramaian tentera dan telah dilantik sebagai Komander Platun di Pusat Latihan Nonsan, di mana dia menjalani perkhidmatan tentera. Pemilihannya adalah berdasarkan kemahiran sosial, kemahiran kepimpinan dan kebolehan melaksanakan tugas.

Penampilannya ketika berkhidmat dalam tentera yang berbeza juga menunjukkan daya tarikan lain tentang dirinya yang nampak lebih berdedikasi, matang dan serius. Nam Joo Hyuk meninggalkan peminat dengan drama terakhir lakonannya sebelum berkhidmat iaitu “Vigilante” di mana dia membawakan karakter seorang pelajar maktab polis di waktu siang dan hero masyarakat di waktu malam. Pasti kepulangan Nam Joo Hyuk dinanti ramai peminatnya.

12. Y Golden Child  (19 September 2024)

Y merupakan anggota kedua dari Golden Child yang memulakan khidmat tentera. Sebelum mendaftar masuk, Y atau nama sebenarnya Choi Sung Yoon sempat merilis single terbaru dan menyapa peminat dibeberapa rancangan muzik. Sama seperti Nam Joo Hyuk, Y juga telah dilantik sebagai Komander Platun di Pusat Latihan Nonsan, di mana dia menjalani perkhidmatan tentera.

13. Jaeyoon SF9 (19 September 2024)

Jaeyoon menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib sebagai tentera yang aktif dan merupakan ahli ke-3 SF9 yang menunaikan khidmat tentera.

14. Seungsik VICTON (19 September 2024)

Seungsik merupakan ketua kumpulan VICTON dan merupakan ahli kedua mendaftar masuk tentera selepas Han Seung Woo. Sama seperti Hang Seung Woo, Seungsik juga akan menyertai kumpulan band tentera untuk sepanjang perkhidmatannya.

15. Mino WINNER (22 September 2024)

Song Min Ho atau Mino WINNER merupakan ahli ke-3 kumpulan itu yang melaksanakan khidmat tentera wajibnya. Mino ditugaskan sebagai pekerja perkhidmatan sosial sejurus tamat latihan asasnya. Sebelum mendaftar masuk, Mino sempat menjadi juri survival show “Peak Time”.

16. Minhyuk MONSTA X (3 Oktober 2024)

Minhyuk menjadi ahli kedua MONSTA X yang memulakan perkhidmatan tentera sebagai tentera yang aktif selepas leader kumpulan, Shownu. Kesemua ahli MONSTA X termasuk Shownu turut menghantar Minhyuk mendaftar masuk ke kem tentera. Minhyuk sempat berpesan kepada Monbebe bahawa dia akan kembali menemui mereka dalam keadaan yang sihat.

17. Ong Seung Wu (16 Oktober 2024)

Ong Seung Wu memulakan perkhidmatan tentera sebagai tentera aktif setelah tamat latihan asas. Sebelum mendaftar masuk, Ong Seung wu sempat menyapa peminat dengan potongan rambut botaknya. Meskipun begitu peminat tetap menyatakan dia tetap kelihatan tampan. Idol yang juga pelakon itu juga tampak segak, tampan dan berwibawa ketika mengenakan uniform tentera lengkap dengan beret sekaligus mencuri perhatian ramai peminat. Ong Seung Wu juga berjanji akan kembali menyapa peminatnya dalam keadaan yang sihat dan akan menjadi seseorang yang lebih baik, matang serta bertanggungjawab.

18. J-Hope BTS (17 Oktober 2024)

Selepas Jin, J-Jope pula memulakan perkhidmatan tentera wajibnya sebagai tentera aktif. Siapa sangka J-Hope kelihatan berbeza ketika mengenakan uniform lengkap tentera. Pesonanya menjadi perhatian ramai kerana dia kelihatan segak. J-Hope sempat menyapa peminat menerusi platform Weverse dengan menyatakan dia akan melakukan yang terbaik untuk sepanjang perkhidmatan tentera dan menunjukkan sisi terbaiknya!

19. Jay B GOT7 (1 November 2024)

Ketua kumpulan GOT7 ini memilih untuk mendaftar masuk tentera secara senyap dan perkara ini sememangnya mengejutkan ramai peminat. Sebelum memulakan khidmat tentera, Jay B sempat melancarkan album terbarunya “Seasonal Hiatus” sebagai buah tangan buat peminat. Menjadi yang pertama memulakan khidmat tentera, Jay B akan menjalankan tugas sebagai pekerja perkhidmatan awam setelah selesai latihan asas.

20. Jinyoung GOT7 (4 November 2024)

Mengikut jejak JayB adalah Jinyoung. Jinyoung kelihatan berbeza dengan rambut yang dipotong pendek dan pakaian tentera. Dia nampak maskulin dan matang. Jinyoung kini berkhidmat sebagai askar aktif dan pernah membuat persembahan sempena festival ketenteraan.

21. Seo Dongsung N.Flying (7 November 2024)

Untuk menyingkat proses hiatus kumpulan N.Flying, Seo Dongsung mendaftar masuk tentera pada tahun yang sama dengan Cha Hoon. Seperti juga Cha Hoon, Dongsung akan memulakan perkhidmatannya sebagai ahli band tentera. Untuk pengetahuan, tinggal

22. Jaehyun N.Flying (24 November 2024)

Jaehyun menjadi ahli terakhir N.Flying yang memulakan khidmat tentera wajib. Dia kini menjalankan tugas sebagai pekerja perkhidmatan awam. Untuk pengetahuan, Yoo Hwe Seug adalah satu-satunya yang telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajibnya sebelum memulakan kerjaya pada tahun 2014. Maka, dengan tamatnya perkhidmatan Jaehyun kelak, N.Flying boleh memulakan aktiviti berkumpulan dengan kadar yang segera bagi mengubat kerinduan peminat mereka.

23. Sejun VICTON (12 Disember 2024)

Sejun menjadi anggota ketiga VICTON yang menjalani khidmat tentera wajibnya. Sejun kini bertugas sebagai tentera aktif sepanjang perkhidmatannya.

24. Yoon WINNER (20 Disember 2024)

Kang Seung Yoon atau Yoon merupakah ahli WINNER terakhir yang melaksanakan khidmat tentera wajibnya.  Yoon kini sedang bertugas sebagai askar aktif. Semasa perkhidmatan ketenteraannya, Kang Seung-yoon bukan sahaja menunjukkan dedikasinya terhadap tugasnya sebagai tentera, tetapi juga terlibat dalam pelbagai aktiviti amal. Yoon juga telah mendapat beberapa penghargaan atas perkhidmatannya yang luar biasa. Dia turut mendapat pujian sebagai pelatih yang baik dan mengetuai sebagai wakil pelatih dalam tentera. Nampaknya tahun 2025 nanti, WINNER akan kembali aktif dalam aktiviti berkumpulan.

25. Kai EXO ( 7 November 2024)

Kai EXO akan berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan sosial selepas menjalani latihan asas ketenteraan. Berita pendaftaran masuk tentera Kai membuatkan peminat terkejut kerana disaat itu EXO dikabarkan akan membuat ‘comeback’ sebagai sebuah kumpulan dan banyak rancangan telah dibuat. Namun, demi tanggungjawab kepada negara, Kai perlu memulakan khidmat tenteranya dalam kadar segera, dan rancangan ‘comeback’ EXO ditangguhkan. Bagaimanapun, penampilan Kai dalam uniform tentera mendapat perhatian ramai apabila ia membuatkan Kai nampak lebih maskulin dan segak.

Tak sabar rasanya menantikan kepulangan mereka untuk kembali memeriahkan industri dengan penampilan masing-masing yang lebih segar dan matang. Rata-rata akan memperlihatkan sisi baru mereka yang sedikit berbeza. Diharap mereka akan segera kembali temui peminat tersayang dengan projek yang terbaru.

Nota : Tarikh ‘discharge’ selebriti Korea ini mungkin akan berbeza mengikut bidang tugasan mereka. Mungkin juga tarikh yang dinyatakan kami sedikit berbeza dan menjadikannya ralat.

Gambar dikreditkan seperti tertera.

loading...