Drama fantasi terbaru Joo Won dan Kwon Nara, ‘Midnight Photo Studio’ akan tayang Mac ini

Drama terbaru Joo Won, Kwon Nara, Yoo In Soo, dan Eum Moon Suk “Midnight Photo Studio” akan ditayangkan tidak lama lagi.

Pada 6 Februari, ENA mengumumkan, “Drama untuk slot Isnin-Selasa untuk 2024 ‘Midnight Photo Studio’ dijadualkan akan bersiaran pada 11 Mac jam 10 malam KST.”

“Midnight Studio” menceritakan kisah yang mendebarkan lagi misteri tentang sebuah studio foto professional yang dikhususkan untuk memotret roh orang yang telah meninggal dunia. Ia berkisar tentang interaksi antara jurugambar  dan seorang peguam yang bersemangat semasa mereka mengharungi sempadan antara hidup dan mati pada malam yang menyejukkan dengan kehadiran tetamu yang luar biasa.

Jadi, drama ini bukan sahaja memberikan sentuhan misteri malah turut menampilkan elemen romantik yang menarik.

Seo Ki Joo, lakonan Joo Won, ialah seorang jurugambar professional yang menjadi pemilik studio foto ke-7. Studio itu bukan studio foto biasa, tetapi tempat hantu berkumpul untuk mengabadikan momen mereka. Dengan pemilikan studio ini, Seo Ki Joo menjadi orang yang mempunyai hubungan istimewa dengan dunia roh.

Kwon Nara memainkan watak Han Bom, seorang peguam yang bersemangat, dan akan menyertai Seo Ki Joo untuk mengendalikan studio. Han Bom, yang mempunyai keberanian dan semangat yang luar biasa, akan membantu menghadapi cabaran unik yang timbul dalam dunia studio foto yang luar biasa ini.

Yoo In Soo akan melakonkan watak Penolong Pengurus Go yang bertanggungjawab ke atas pasukan pemasaran studio foto. Dia meninggal sebelum dia sempat bertemu janji. Manakala, Eum Moon Suk akan memainkan watak Baek Nam Goo, orang yang bertanggungjawab ke atas studio foto. Dia adalah bekas marin dan bekas detektif jenayah kekerasan.

“Midnight Photo Studio” ini akan diarahkan oleh pengarah Song Hyun Wook dari “Another Oh Hae Young,” “Beauty Inside,” “Graceful Friends,” “Undercover,” “The King’s Affection,” dan “The Golden Spoon.” Manakala skripnya dinukil oleh Kim Yi Rang. Bagaimana Seo Ki Joo dan Han Bom menguruskan studio foto yang unik ini, serta bagaimana mereka berhadapan dengan dunia roh yang misteri, adalah tarikan utama yang meningkatkan jangkaan peminat terhadap drama ini.

“Midnight Photo Studio” akan ditayangkan pada 11 Mac, 10 malam KST menerusi rangkaian ENA.

Sumber : 1 | 2

loading...