Tahniah! Lee Seung Gi dan Lee Da In selamat menerima kehadiran anak pertama mereka

Lee Seung Gi dan isteri, Lee Da In kini sudah bergelar ayah dan ibu di dunia realiti apabila mereka menerima kehadiran seorang cahaya mata yang comel.

Pada 6 Februari, agensi Lee Seung Gi berkongsi kenyataan berikut:

Hello. Human Made di sini.

Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah menerima kehadiran bayi perempuan mereka pada petang 5 Februari.

Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, dan Lee Seung Gi menyampaikan berita bahawa dia bersyukur dan gembira kerana kehidupan yang paling berharga buat mereka telah dilahirkan dengan selamat.

Mohon kirimkan kasih sayang dan sokongan yang mesra kepada pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang  menyambut ahli keluarga baharu.

Terima kasih.

Selepas pertama kali mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Mei 2021, Lee Seung Gi dan Lee Da In mengadakan majlis perkahwinan peribadi mereka pada 7 April 2023 yang dengan dihadiri ramai artis ternama di Korea. Kemudian pada 1 November 2023, Lee Da In mengumumkan bahawa berita kehamilannya.

Apapaun, tahniah diucapkan kepada pasangan yang bahagia ini!

Sumber : 1

loading...