Chen Zhe Yuan dan Ju Jingyi sedia temani anda dengan “Sword and Fairy 4” di iQIYI

“Sword and Fairy 4” atau “Chinese Paladin 4” ialah Cdrama terbaru dengan genre fantasi Xianxia yang mula disiarkan pada 17 Januari 2024 di platform iQiyi. Drama dengan 36 episode ini diadaptasi daripada permainan video dengan nama yang sama.

“Sword and Fairy 4” diterajui oleh Chen Zhe Yuan (Hidden Love, Mr. Bad) dan Ju Jingyi (The Blooms at Ruyi Pavilion, Beauty Resilience). Drama ini adalah karya pengarah Yang Hsuan dan skripnya dihasilkan oleh Dong Jun Feng dan Lei Jun.

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Yun Tian He (Chen Zhe Yuan), yang telah hidup terpencil dan bersendirian di puncak Gunung Qingluan, manakala kawannya hanyalah dua ekor iblis yang berupa khinzir. Semasa dia kecil ayahnya, Yun Tianqing, melarangnya meninggalkan puncak Qingluan tanpa menjelaskan sebabnya.

Apabila Yun Tian He dewasa, bapanya telah pun meninggal dunia, ibunya sendiri telah meninggal dunia semasa melahirkannya. Yun Tianhe, yang tinggal sendirian, ditinggalkan sebuah pedang yang diwarisi oleh bapanya.

Pada suatu hari, ketika sedang berburu khinzir hutan, Tian He bertemu dengan seorang wanita cantik bernama Han Ling Sha (Ju Jingyi). Ling Sha berasal dari klan penceroboh kubur dan nampaknya mempunyai niat yang sama dengan klannya selama ini. Dia cuba merompak kubur di rumah Tian He. Kubur ini adalah tempat persemadian ibu bapa Tian He.

Ketika Yun Tian He mula-mula menjejakkan kaki ke dalam gua tempat ayahnya dikebumikan, yang mana merupakan tempat terlarang selepas kematiannya, banyak persoalan mula timbul dalam fikiran Yun Tian He. Mengapa bapanya melarangnya meninggalkan puncak Qingluan? Kenapa pedang yang diturunkan kepadanya ditutup dengan mantra untuk menyamarkan auranya? Mengapa begitu banyak kejadian mistik dan pelik berlaku apabila dia bertemu Han Ling Sha?

Pertemuan ini sebenarnya membuatkan mereka berdua berkawan. Mereka kemudian mengembara ke dunia luar untuk merungkai rahsia dan kehidupan lampau Tian He. Pelbagai kejadian aneh turut terjadi sepanjang perjalanan mereka. Semasa dalam perjalanan bersama, Ling Sha dan Tian He bertemu dengan Liu Meng Li. Meng Li ialah anak angkat kepada Hakim Shouyang.

Lian Sha, Tian He, dan Meng Li akhirnya menjadi kawan. Meng Li ternyata mengenali bapa Tian He dengan baik dan menyatakan bahawa bapa Tian He merupakan saudara dengan seorang pendekar yang mahir berpedang dan  mengajar di sekolah Qionghua, Gunung Ziying. Pengembaraan Tian He mula mendedahkan rahsia kehidupan ibu bapanya satu persatu. Dia tidak berniat untuk berhenti sebelum semuanya terbongkar.

Barisan pelakon

  • Ju Jing Yi sebagai Han Lingsha

  • Chen Zhe Yuan sebagai Yun Tianhe

  • Mao Zi Jun sebagai Murong Zi Ying

 

 

  • Mao Xiao Hui sebagai Liu Mengli

Drama ini turut dibantu oleh:

  • Wang Duo sebagai Xuan Xiao / Xuan Ying, pemilik pedang Xi He
  • Wang Yuan Ke sebagai Feng Yao
  • Li Xin Ze sebagai Chong Guang
  • Zhang Fan sebagai Qing Yang
  • Baron Chen sebagai Yun Tianqing (ayah Yun Tianhe, murid aliran Qiong Hua)
  • Li Mu Chen sebagai Su Yu, ibu Yun Tianhe, pemilik pedang Wangshu
  • Kathy Chow sebagai peri Xuan Tian

“Sword and Fairy 4” tersedia untuk tontonan menerusi platform iQIYI Malaysia. Sebelum itu, jom tonton trailer “Sword and Fairy 4” di bawah:

Nota: Tidak kira sama ada anda ingin menonton “Sword and Fairy” atau “Sword and Fairy 4” dahulu, kerana ceritanya berdiri sendiri, tiada kaitan. Dan anda tak perlu juga tonton “Chinese Paladin 1,3 dan 5” kerana ianya tiadak berkaitan langsung dengan drama ini. 

 

 

loading...