CDrama terbaru -“Sword and Fairy” gandingan hebat Xu Kai dan Esther Yu kini tersedia untuk tontonan anda

“Sword and Fairy” atau “Chinese Paladin 6” adalah adaptasi daripada permainan video “The Legend of Sword and Fairy”. Drama fantasi ini diarahkan oleh Liu Guonan (The Glory of Tang Dynasty) dan diterajui oleh Xu Kai (Falling Into Your Smile, Wonderful of Love) dan Yu Shuxin (Love Between Fairy and Devil, Moonlight).

Drama “Sword and Fairy” ini disiarkan sehari selepas “Sword and Fairy 4” ditayangkan. Sedikit sebanyak ianya mendatangkan kekeliruan kepad penonton memandangkan tajuknya yang hampir sama. Tetapi, anda semua jangan risau kerana jalan cerita keduanya tidak berkaitan, dan yang penting barisan pelakonnya adalah berbeza sama sekali.

Sinopsis “Sword and Fairy”

Drama dengan 36 episode ini mengisahkan perjalanan dua remaja Yue Jinzhao (Xu Kai) dan Yue Qi (Esther Yu) terjaga dari tidur 3 tahun lalu di kampung Wuyan dalam keadaan hilang ingatan di mana keduanya langsung tidak mengetahui asal usul mereka. Sejak itu, mereka mengembara bersama untuk merungkai kembali sejarah masa silam demi mencari jawapan kepada identiti sebenar mereka.

Dalam perjalanan yang penuh mencabar, Yue Jinzhao dan Yue Qi bertemu dengan Luo Zhouyuan (Wan Peng), yang merupakan ketua keluarga Luo. Zhou Yan bertekad untuk memusnahkan aliran sesat di wilayahnya dengan membongkar jenayah yang mereka lakukan. Disebabkan matlamat dan personaliti yang sama, Yue Jin Zhao dan Yue Qi memutuskan untuk bekerjasama dengan Luo Zhou Yan dalam memerangi kejahatan.

Mereka turut diiringi oleh ahli-ahli Perikatan Bela Diri Sejati seperti Ju Shi Fang (Zhou Zhan), Ming Xiu (Bai Bing Ke), dan bapa saudaranya Xian Qing. Mereka semua bersatu untuk berdepan dengan ketua aliran sesat tersebut  sambil masih berdepan dengan pelbagai konflik peribadi yang terus timbul. Lama kelamaan, mereka akhirnya menyedari bahawa terdapat sebuah organisasi misteri yang beroperasi dalam kegelapan.

Dalam pada itu, secara beransur-ansur, Yue Jinzhao dan Yue Qi berjaya mencari identiti mereka sendiri serta merungkai masa silam mereka. Mereka juga ditakdirkan menentu nasib manusia dan makhluk yang lain. Biarpun pada permulaan hubungan Yue Jinzhao dan Yue Qi lebih seperti adik beradik, seiring perjalanan waktu hubungan akan berkembang menjadi hubungan cinta sehinggakan mereka sanggap mengorbankan diri serta mengubah takdir untuk bersatu semula.

Barisan Pelakon

Xu Kai sebagai Yue Jin Zhao


Yu Shu Xin sebagai Yue Qi


Fu Xin Bo sebagai Xian Qing


Wan Peng sebagai Luo Zhao Yan


Bai Bing Ke sebagai Ming Xiu


Zhou Zhan sebagai Ju Shi Fang

Xue Ba Yi sebagai Luo Mai Ming
Wang Zi Rui sebagai Gu Han Jiang

“Sword and Fairy” tersedia untuk tontonan menerusi platform WeTV Malaysia dan iQIYI Malaysia. Sebelum itu, jom tonton trailer “Sword and Fairy” di bawah:

Nota: Tidak kira sama ada anda ingin menonton “Sword and Fairy” atau “Sword and Fairy 4” dahulu, kerana ceritanya berdiri sendiri, tiada kaitan. Dan anda tak perlu juga tonton “Chinese Paladin 1,3 dan 5” kerana ianya tiadak berkaitan langsung dengan drama ini. 

loading...