Shin Ha Kyun, Lee Jung Ha, Jin Goo, & Jo Ah Ram sah bintangi drama terbaru tvN “Audit”

Pada 24 Januari, tvN telah mengumumkan barisan pelakon untuk drama akan datang rangkaian berkenaan iaitu “Audit” (tajuk kerja) termasuk Shin Ha Kyun, Lee Jung Ha, Jin Goo, dan Jo Ah Ram.

“Audit” mengisahkan tentang seorang ketua pasukan audit yang berhati dingin dan pekerja baru yang penuh bersemangat  di pejabat audit JU Construction di mana aktiviti rasuah berleluasa.

Shin Ha Kyun memegang watak Shin Cha Il, ketua pasukan audit di JU Construction. Shin Cha Il, seorang yang mempunyai pertimbangan yang tajam, keazaman yang kuat, dan pakar dalam perundingan, mengatasi lawannya. Dia juga seorang yang tegas, tidak dipengaruhi oleh emosi dan pertalian darah, dan tidak berbelas kasihan terhadap penyelewengan wang.

Lee Jung Ha memainkan watak Goo Han Soo, pekerja baharu dan wakil generasi MZ di pejabat audit Shin Cha Il. Goo Han Soo memohon untuk menyertai  pasukan audit sebagai batu loncatan untuk dihantar ke JU Construction cawangan Florida. Namun, jalan untuk mencapai impiannya tidak mudah kerana Shin Cha Il. Berbeza dengan Shin Cha Il, Goo Han Soo seorang yang peramah, penyayang dan penuh perhatian. Namun, kerana keperibadiannya, dia hampir disingkirkan daripada pasukan audit.

Jin Goo pula melakonkan watak Naib Presiden JU Construction, Hwang Dae Woong. Hwang Dae Woong, anak bongsu daripada tiga anak lelaki pengasas JU Construction, mempunyai karisma yang tiada tandingan yang boleh membuatkan sesiapa sahaja menyebelahinya. Dia mempunyai cita-cita besar untuk mengalahkan dua abangnya dan menjadi presiden syarikat. Bagaimanapun, rancangan Hwang Dae Woong tidak berjalan lancar sejak Shin Cha Il diambil sebagai ketua pasukan audit.

Akhir sekali, Jo Ah Ram yang memegang watak Yoon Seo Jin, seorang lagi pekerja generasi MZ baharu di pejabat audit JU Construction. Yoon Seo Jin mempunyai personaliti yang sangat bertentangan dengan Goo Han Soo kerana dia cenderung mementingkan diri sendiri dan hanya fokus pada kejayaan. Dalam pada itu, Yoon Seo Jin mengenali naib presiden Hwang Dae Woong sejak kecil, tetapi mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain di pejabat.

“Audit” ditetapkan untuk ditayangkan pada tahun 2024. Nantikan lebih banyak kemas kini!

Sumber : 1

loading...