Kim Nam Joo, Cha Eun Woo & ramai lagi pamer sinergi luar biasa ketika sesi bacaan skrip “Wonderful World”

Drama MBC yang terbaru “Wonderful World” telah berkongsi foto sekitar sesi pembacaan skrip pertama drama tersebut.

“Wonderful World” ialah drama bertemakan thriller emosi tentang Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo), seorang wanita yang membalas dendam selepas kehilangan tragis anak lelakinya. Apabila pelakunya berjaya mengelak daripada hukuman melalui sistem undang-undang, dia memutuskan untuk menegakkan keadilan sendiri. Drama ini akan dipimpin oleh Lee Seung Young, pengarah “Tracer,” “Voice 2,” dan “The Missing.”

Selain pengarah Lee Seung Young dan penulis Kim Ji Eun,barisan pelakon seperti Kim Nam Joo, Cha Eun Woo, Kim Kang Woo, Im Se Mi, Park Hyuk Kwon, Gil Hae Yeon, Cha Soo Yeon, Oh Man Seok, Jin Geon Woo , Yang Hye Ji, dan ramai lagi turut hadir pada bacaan skrip.

Kim Nam Joo, mengimbau kembali ketika memutuskan untuk menyertai drama itu dengan berkata, “Sebagai seorang ibu yang membesarkan dua anak, kasih sayang ibu yang mendalam sangat sinonim dengan saya.” Cha Eun Woo menyatakan, “Drama ini menawarkan pelbagai emosi yang mengharukan apabila individu yang mengalami kesakitan yang sama dapat menyembuhkan satu sama lain.”

Walaupun ia adalah pertemuan pertama mereka, pelakon dilihat mempamerkan sinergi yang luar biasa, menyelami dialog  hebat yang mendedahkan emosi rumit watak-watak yang bergelut dengan kesedihan yang berbeza.

Kim Nam Joo membawakan watak Eun Soo Hyun, seorang profesor psikologi dan penulis terkenal. Bagaimanapun kehidupan keluarganya yang bahagia berubah secara drastik berikutan kehilangan tragis anak lelakinya. Semasa pembacaan skrip, dia yang mahir menggambarkan spektrum emosi, dengan mudah menunjukkan sisi lembutnya di hadapan suaminya Kang Soo Ho (Kim Kang Woo) dan anaknya Kang Geon Woo dan meluahkan kesedihan yang tidak tertahan selepas tragedi menimpa anaknya.

Cha Eun Woo pula memegang watak Kwon Sun Yool, seorang lelaki muda yang dibesarkan dalam keluarga kaya tetapi memilih kehidupan yang sukar. Tanpa disangka Kwon Sun Yool terjerat dengan Eun Soo Hyun. Walaupun luaran Kwon Sun Yool nampak dingin, Cha Eun Woo dengan mahir memperkenalkan kemesraan dalam diri melalui ekspresi dan dialog yang bernuansa. Karakternya menjanjikan pesona kasar dan riang, sekaligus meningkatkan jangkaan untuk persembahannya dalam drama itu.

Kim Kang Woo sebagai Kang Soo Ho, seorang bekas wartawan berbakat dan suami Eun Soo Hyun. Mempamerkan kemahiran lakonan yang mantap, Kim Kang Woo membangkitkan kekaguman dengan semangatnya sebagai seorang wartawan yang penuh dengan keadilan. Dan kemahirannya menangani perbezaan suhu berubah selepas keluarganya berpecah kerana kejadian yang tidak dijangka menimpa anaknya.

Im Se Mi melakonkan Han Yoo Ri, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah kedai butik dan dia diibaratkan seperti adik perempuan sebenar Eun Soo Hyun. Dengan mengambil kira kehidupan kedua-dua Eun Soo Hyun dan ibu Eun Soo Hyun, Han Yoo Ri akan menzahirkan pesona yang penuh kasih sayang dan mengharukan.

“Wonderful World” ditetapkan untuk tayangan perdana pada 1 Mac jam 9:50 malam KST dirangkaian MBC.

Sumber :

loading...