Agensi HyunA dan Yong Junhyung beri respons ringkas berkenaan isu bercinta

Selepas foto yang dimuatnaik HyunA dan Yong Junhyung mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua agensi selebriti berkenaan telah memberi kenyataan ringkas mengenainya.

Agensi HyunA AT AREA telah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai khabar angin yang mendakwa HyunA dan Yong Junhyung sedang bercinta. Tidak lama selepas itu, agensi Yong Junhyung turut mengulas.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi dengan saluran media Joy News24, agensi HyunA AT AREA mengulas khabar angin percintaannya dengan Yong Junhyung.

Kami tidak terlibat dalam hal peribadi [HyunA].

– AT AREA

Tidak lama selepas itu, agensi Yong Junhyung BLACK MADE berkongsi kenyataan mereka dengan saluran media Newsen.

Memandangkan ia adalah kehidupan peribadi artis, sukar untuk kami mengesahkannya. Kami harap anda semua memahaminya.

– BLACK MADE

Terdahulu, pada lewat malam 18 Januari HyunA dan Yong Junhyung berkongsi foto pasangan itu berpegangan tangan di pantai, sekaligus mencetuskan khabar angin mereka kini bercinta.

Sumber : 1 | 2

loading...