Kim Go Eun, Park Ji Hyun, dan Kim Gun Woo akan digandingkan untuk drama terbaru pengarah “Do You Like Brahms?”
Pada 18 Januari, produksi “Two Women” (tajuk kerja) telah mengesahkan barisan pelakonnya yang terdiri daripada Kim Go Eun, Park Ji Hyun, dan Kim Gun Woo.
Dipimpin oleh pengarah “Do You Like Brahms?” dan “The Interest of Love”, “Two Women” akan menceritakan kisah Eun Joong dan Sang Yeon—dua sahabat yang saling berkaitan dalam kehidupan. Mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tetapi turut menyimpan rasa cemburu dan benci. Ryu Eun Joong dan Cheon Sang Yeon telah bersahabat sejak mereka di sekolah rendah lagi.
Kim Go Eun akan melakonkan watak Ryu Eun Joong, yang kelihatan biasa tetapi mempunyai daya tarikan istimewa yang menarik perhatian orang ramai dengan kejujurannya. Sementara itu, Park Ji Hyun menjadi saingan dan kawan rapat Eun Joong, Cheon Sang Yeon. Manakala, Kim Gun Woo akan memainkan watak Kim Sang Hak, senior Sang Yeon dalam kelab fotografi dan teman lelaki Eun Joong. Dia akan menjadi watak penting di antara dua sahabat itu.
Semasa masih di sekolah rendah, Eun Joong bertemu dengan Sang Yeon. Sang Yeon dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan sangat berbakat. Walaupun Eun Joong kelihatan sangat mengagumi kawannya, dia sebenarnya menyimpan rasa cemburu dan dendam terhadap Sang Yeon.
Persahabatan Eun Joong dan Sang Yeon agak berpanjangan. Ketika mereka berumur 42 tahun, Eun Joong, yang bekerja sebagai penulis skrip drama, bertemu semula dengan Sang Yeon, yang merupakan pengarah filem yang berjaya.
Namun, pertemuan ini bukanlah momen biasa bagi mereka. Sang Yeon meminta Eun Joong menemaninya di saat-saat akhir hidupnya selepas disahkan menghidap kanser.
Drama ini akan menarik perhatian penonton kerana ia menggambarkan kehidupan Eun Joong dan Sang Yeon dari sekolah hingga dewasa, serta menunjukkan bagaimana mereka berdua merupakan pengaruh terbesar dalam kehidupan masing-masing.
Nantikan lebih banyak kemaskini mengenai drama “Two Women” ini.
Sumber : 1