“Awaklah di hati kami” – Wanna One

Wanna One, terima kasih!

Kehadiran Wanna One ke Malaysia bersempena Wanna One 1st Fan Meeting In Kuala Lumpur Wanna Be Loved sememangnya suatu fenomena yang luar biasa. Berbeza dengan kehadiran artis-artis Kpop ke Malaysia sebelum ini, aura yang dimiliki oleh Wanna One buat peminat mereka begitu teruja dan bersemangat.

Tidak hairanlah, sepanjang Wanna One berada di Malaysia, mereka sentiasa menjadi perhatian para peminat termasuk peminat dari luar seperti Indonesia, Thailand dan Korea yang sanggup turun ke Malaysia sebagai tanda sokongan penuh buat artis kesukaan mereka.

https://www.instagram.com/p/BeH0tOTgq-H/?taken-by=kmania.my

Wanna One 1st Fan Meeting Wanna Be Loved ini telah diadakan pada Jumaat, 19 Januari 2018 bertempat di Stadium Negara. Seperti kebiasaan, perkarangan stadium dibanjiri dengan kehadiran peminat Wanna One atau Wannables sejak dari awal pagi lagi. Selain itu, ia juga boleh dikatakan sebagai tempat berhimpun kelab peminat Wanna One dari seluruh Negara. Tidak ketinggalan para peniaga juga mengambil peluang ini untuk menjual pelbagai barangan Wanna One seperti kipas, beg, light stick, t-shirt, badge dan sebagainya. Tidak hairan ramai Wannables memborong sakan pada hari tersebut. Para peminat juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan stand poster setiap ahli Wanna One yang disediakan diperkarangan stadium.

Para peminat dilihat beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium

Wanna One Fan Meeting

Tepat jam 8 malam, tampil berbaju putih Wanna One memulakan acara dengan lagu popular Energetic dan Beautiful. Mereka menampilkan persembahan yang bertenaga dan sangat hebat. Tambahan dengan rupa paras yang kacak serta kelincahan mereka menari ianya seolah-olah sebuah persembahan mereka yang sempurna. Persembahan mereka disambut dengan sorakan kuat para peminat.

 

Wanna One diibaratkan seperti pisang goreng panas. Peminat mereka, Wannables tidak penat untuk terus menyorak dan turut serta menyanyikan lagu Wanna One sambil menyalakan lampu dari telefon bimbit.

Acara semakin gamat apabila tibanya segmen permainan. Daya tarikan setiap ahli Wanna One sangat mempersonakan dan mengujakan buat peminat mereka. They successfully captured the eyes of viewers that night and I bet the fans still cannot forget on how lovely Wanna One interact with them. Wanna One juga cuba tonjolkan sesuatu yang istimewa buat peminat mereka semasa sesi permainan diadakan. Antaranya, Ji Hoon, Kuan Lin dan Ji Young dikendaki pose seperti watak anime kerana wajah mereka bertiga terutamanya Ji Hoon seperti karakter anime.

Apabila ditanya, karakter anime manakah yang ingin JiHoon cuba, dengan yakin beliau menjawab ingin menjadi teman lelaki Wannables

Selain itu mereka juga bermain rope skipping, di mana MinHyun dan SungWoon bertindak memegang tali, dan ahli yang lain melompat tali tersebut. Kesemua mereka Berjaya menamatkan misi melompat tali dalam masa yang singkat.

Ketika perbualan, MC bertanya Wanna One adakah mereka menyukai cuaca di Malaysia, mereka menjawab disebabkan sekarang musim sejuk di Korea, mereka benar-benar menikmati cuaca hangat Malaysia. Kemudian MC bertanya, adakah Wanna One mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Malaysia, Mereka menjawab dengan kata-kata manis bahawa “detik-detik ini (yang merupakan momen dengan Wannable) adalah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan di Malaysia.” Mereka benar-benar menghargai dan bersyukur di atas semua sokongan daripada peminat mereka.

Persembahan Wanna One tidak terhenti di situ. Mereka terus memukau peminat dengan persembahan mereka yang bertenaga dengan lagu-lagu seperti Wanna be, Pick me, Always, Never dan Burn it up. Memang gamat dengan suara peminat yang bersorak dan turut ikut menyanyi. Pendek kata, persembahan mereka tidak menghampakan.

https://www.instagram.com/p/BeIql1rgac-/?taken-by=kmania.my

Sebelum mengakhiri Fan Meeting tersebut, sesuatu yang istimewa telah diaturkan untuk Lee DaeHwi. Lee DaeHwi dikejutkan dengan sebuah kek sempena sambutan hari lahirnya yang bakal tiba pada 29 Januari ini. Dae Hwi ternyata terkejut dan terharu saat kek itu disampaikan kepadanya. Para peminat dan ahli Wanna One yang lain turut menyanyikan lagu hari jadi dalam versi Bahasa Inggeris dan juga Korea.

Insiden

Kejadian ini mendapat liputan meluas media. Perkara ini berlaku kerana peminat Wanna One, Wannables yang begitu obsess dengan kumpulan ini. Mereka dilihat ingin dekat dengan pentas untuk melihat dengan jelas sosok ahli Wanna One. Oleh sebab itu kejadian tolak menolak terjadi sehinggakan beberapa peminat pengsan dan keadaan menjadi sedikit kecoh. Dengan kejadian ini, majlis ditunda selama lebih kurang 45 minit dan ianya mengundang rasa tidak puas hati kepada peminat.

Kami tidak salahkan peminat semata-mata kerana inilah kami pertama mereka dipertemukan dengan Wanna One secara live. Kami melihat tempat tersebut (Rock Zone) begitu padat dengan peminat dan disebabkan antara mereka tidak mahu mengalah serta memberikam kerjasama situasi menjadi lebih teruk. Pihak berkenaan sepatutnya memandang perkara seumpama ini dengan lebih teliti dan serious. Mereka tidak boleh membenarkan penjualan tiket melebihi kapisiti. Pada hemat kami, pihak berkaitan mungkin terlepas pandang memandangkan permintaan yang diterima sangat luar biasa.

Apapun, semuanya sudah terjadi. Kami mengharapkan agar pihak berkaitan akan lebih rasional dan teliti pada masa hadapan. Mungkin pihak berkaitan perlu mengkaji keluasan kapasiti sebelum membuat keputusan untuk menjual tiket agar tidak melebihi had yang sepatutnya. Mungkin juga pihak berkaitan boleh mengkaji tempat yang bersesuaian sejajar dengan populariti artis K-pop. Jutaan terima kasih buat pihak berkaitan, kerana tanpa mereka, kami pasti Wanna One tidak akan berada di Malaysia.

Kepada para peminat, kami tahu anda minat dan sayang Wanna One. Kami juga tahu Wannables Malaysia sangat berkelakuan baik. Tapi ibarat kata pepatah setitik nila akan merosakkan susu sebelanga. Kami faham situasi yang dialami oleh Wannables Malaysia sekarang kerana fan meeting ini juga turut dihadiri oleh peminat luar Malaysia.

Buat Wanna One, mungkin kejadian ini buat anda serba salah dan kurang selesa. Ketahuilah, para peminat cuba mengekspresikan sokongan terhebat mereka buat anda. Mungkin ada segelintir yang boleh dikatakan terlalu obsess dengan anda tetapi disebabkan segelintir ini juga keseluruhan peminat di Malaysia terpalit rasa kurang senang dengan sikap mereka. Kami pasti, peminat Wanna One di Malaysia sangat menghargai kehadiran anda di sini dan mereka berharap agar anda akan kembali ke Malaysia. Kami juga berharap agar anda sentiasa bersikap professional dan teruskan menyokong Wanna One.

Biarpun apa yang terjadi, Fan Meeting Wanna One di Kuala Lumpur berakhir dengan jayanya. Pasti, ia membawa satu yang kenangan yang berharga dan tidak akan dilupakan buat Wanna One juga Wannables. Kami yakin peminat tidak sabar menunggu kehadiran mereka lagi di masa yang akan datang.

 

Terima kasih Wanna One kerana memberikan kami memori yang paling indah. Buat penganjur dan yang berkaitan, terima kasih kerana merealisasikan impian kami. Jumpa lagi.

 

 

loading...