“The Impossible Heir” siri terbaru yang penuh drama untuk merampas kuasa akan datang di Disney+ Hostar Februari Ini

The Impossible Heir, sebuah siri yang akan datang di Disney+ Hotstar menampilkan sebuah drama balas dendam, penuh dengan tipu muslihat dan saspen Februari ini. Drama ini menceritakan mengenai mereka yang ingin mencapai puncak kejayaan serta kekuasaan dengan cuba merampas takhta konglomerat terbesar Korea.

Dilahirkan dalam keluarga tunggal yang miskin, merupakan anak tidak sah taraf (anak luar nikah) serta tidak memiliki apa-apa selain ketampanan dan daya tarikannya, Kang Inha rakus untuk berjaya. Berazam untuk membuat sesuatu untuk dirinya sendiri, tidak mengira akan akibatnya, Inha mendapati bahawa bapanya adalah pengerusi Kumpulan Kangoh yang sangat berjaya dan meninggalkan kehidupannya yang serba kekurangan.

Disisih oleh ahli keluarga baharunya yang lain, Inha bekerjasama dengan rakannya yang berbakat intelek Han Taeoh, menyusun rancangan sejak kecil lagi untuk mengambil alih syarikat tersebut dan merampas kedudukan mereka. Menyedari mereka beroleh kejayaan dari awal, pasangan itu terus memulakan pendakian mereka sehingga seorang wanita yang turut sama bercita-cita tinggi muncul yang mengancam untuk menggagalkan rancangan mereka.

Drama ini dibintangi oleh Lee Jaewook (Alchemy of Souls, Extraordinary You) sebagai Han Taeoh, kawan zaman kanak-kanak Inha yang berfikiran tajam; Lee Junyoung (Mask Girl, D.P.) sebagai Kang Inha, anak tidak sah taraf pengerusi Kumpulan Kangoh, dan Hong Suzu (Lovestruck in the City, Be;twin) sebagai Na Hyewon, seorang wanita yang bercita-cita tinggi dengan masa lalunya penuh masalah namun penuh aspirasi untuk memiliki masa depan yang cerah.  The Impossible Heir ditulis oleh Choi Won (Roman Holiday) dan diarahkan oleh Min Yunhong (Missing: The Other Side, Insider).

Strim The Impossible Heir bermula Februari ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...