Siap sedia untuk drama thriller terbaru lakonan Bae Doona, Ryu Seung Bum, Lomon & ramai lagi

Pada 8 Januari, drama Coupang Play yang akan datang “Family Plan” (tajuk literal) berkongsi barisan pelakonnya yang terdiri daripada Bae Doona, Ryu Seung Bum, Baek Yoon Shik, Lomon dan Lee Su Hyun.

“Family Plan” tentang mereka yang mempunyai kebolehan istimewa yang menyamar sebagai sebuah keluarga untuk terus hidup ketika mereka berhadapan dengan bahaya yang mengancam mereka dengan cara yang luar biasa.

Drama ini akan menjadi kerjasama antara penulis skrip Kim Jung Min dari ‘Hush’ dan ‘Suits’ dan pengarah kembar Kim Gok dan Kim Sun dari filem “On the Line”.

Bae Doona akan memainkan watak Han Young Soo, seseorang yang mempunyai kebolehan istimewa yang penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Sementara itu, Ryu Seung Bum pula akan melakonkan watak Baek Chul Hee, yang kelihatan agak pemalu kerana terpaksa menyembunyikan kebolehannya tetapi merupakan seorang suami yang penyayang kepada isterinya.

Pelakon veteran terkenal Baek Yoon Shik akan memegang watak sebagai datuk Baek Kang Sung, yang nampak degil serta panas baran di luar tetapi dalam masa yang sama dia sayangkan keluarganya di dalam. Lomon pula membawakan watak anak lelaki Baek Ji Hoon yang mempunyai personaliti yang mesra dan lembut, manakala Lee Su Hyun akan memainkan watak Baek Ji Woo, anak perempuan keluarga yang mudah marah dan sensitif.

Drama “Family Plan” “telah mula menjalani penggambaran bulan lepas dan dijadualkan akan dikeluarkan pada 2024 ini.

Sumber : 1

loading...