Seventeen (FML) & NewJeans (Ditto) terima Daesang di Golden Disk Awards ke-38

Golden Disk Awards ke-38 telah diadakan pada 6 Januari 2024 bertempat di Jakarta International Stadium (JIS). Pada kali ini Sung Si Kyung dan Cha Eun Woo bertindak sebagai hos.

Majlis anugerah itu memberi penghormatan kepada pencapaian artis, dan ia diasaskan dengan tujuan untuk mempromosikan kreativiti budaya popular, menemukan artis baharu dan menyumbang kepada pertumbuhan dalam industri muzik.

Golden Disk Awards ke-38 menyaksikan SEVENTEEN dinobatkan pnerima Daesang untuk ‘Album of the Year’ menerusi mini album mereka ‘FML.’ Kumpulan itu juga turut membawa pulang trofi Bonsang untuk kategori ‘Best Album’ dan ‘Best Digital Song’ dengan lagu ‘Super’.

Kami telah menerima Album Terbaik. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya. Kami telah bekerja selama 10 tahun

Terima kasih kepada semua ahli SEVENTEEN. Saya harap Jeong-han ada di sini.

S.Coups

Manakala lagu ‘Ditto’ NewJeans sekali lagi dinobatkan lagu paling hits dan menjadi pilihan ramai pendengar apabila membawa pulang Daesang untuk ‘Digital Song of the Year’. Mereka juga turut membawa pulang Best Digital Song’. NewJeans juga turut menyatakan bahawa tahun 2023 adalah tahun luar biasa buat mereka. Ramai orang di sekelilingnya mereka telah bekerja keras.

Selepas debut kami, kami menerima banyak cinta. Kami sangat bersyukur, saya gembira dapat menerima anugerah ini. Saya tidak percaya saya mendapat ini.

– Hyein

ENHYPEN telah memenangi Bonsang untuk Best Album untuk kali ke-4 berturut-turut. Kali ini menerusi ‘Dark Blood” yang mana “Bite Me” menjadi lagu utamanya.

Kali ini, kami menerima anugerah berharga seperti ini sekali lagi. Terima kasih kepada ENGENE untuk cinta dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi.  Terima kasih dan kami sayang anda.

– Jingwon

Stray Kids dinobatkan sebagai ‘Global K-Pop Artist’ dan TXT dipilih menerima ‘Indonesia Fan Choice’.

STAY! Terima kasih banyak – banyak. Ini amat bermakna bagi kami. Selamat Tahun Baru dan kekal sihat.

Terima kasih untuk GDA yang telah memberikan penghargaan ini. Terima kasih MOA!

Min Hee Jin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, label yang menempatkan NewJeans pula telah dinobatkan sebagai penerima ‘Best Producer’.

​Jadi, jom semak senarai penuh pemenang.

Album of the Year (Daesang): SEVENTEEN

Digital Song of the Year (Daesang): NewJeans

Best Album (Bonsang): aespa, ENHYPEN, IVE, Jungkook (BTS), LE SSERAFIM, NCT DREAM, SEVENTEEN, Stray Kids, TXT, ZEROBASEONE

Best Digital Song (Bonsang): (G)I-DLE, IVE, Jisoo (BLACKPINK), Jungkook (BTS), LE SSERAFIM, NewJeans, Parc Jae Jung, SEVENTEEN, SEVENTEEN’s BSS, STAYC

Global K-Pop Artist: Stray Kids

Indonesia Fans Choice: TXT

Rookie Artist: FIFTY FIFTY, ZEROBASEONE

Next Generation: BOYNEXTDOOR

Bugs Favorite Golden Disc Most Popular Artist: Jisoo (BLACKPINK), Lim Young Woong

Best Producer: Min Hee Jin

Tahniah kepada semua pemenang!

loading...