Tak Hae Joon terima Daesang pertamanya, ‘Running Man’ muncul program terbaik dan ini senarai penuh pemenang di SBS Entertainment Awards 2023

SBS telah memberi penghormatan kepada bintang serta rancangan pelbagai dan program hiburan yang paling bersinar di rangkaian tersebut dari tahun lalu sehingga kini. Pada 30 Disember, SBS Entertainment Awards 2023 telah berlangsung di Menara Prisma SBS di Seoul, di mana  Lee Sang Min, Kim Ji Eun, dan Lee Hyun Yi berkhidmat sebagai MC.

Tahun ini, Tak Jae Hoon telah membawa pulang Hadiah Utama (Daesang). Buat masa ini beliau muncul di rancangan SBS seperti ‘My Little Old Boy’ dan ‘Dolsing Fourmen,’ dan ini merupakan Daesang pertamanya dalam tempoh 30 tahun aktif sebagai anak seni. Tak Jae Hoon mengulas,

“Terima kasih kerana mengurniakan anugerah yang begitu menakjubkan. Saya mempunyai jangkaan yang rendah kerana semua orang di sini pada malam ini berhak untuk menang. Jadi saya telah menikmati majlis malam ini tanpa menyediakan ucapan penerimaan saya.

Jika saya melakukan 10%, saya percaya yang lain melakukan 40% dan pasukan produksi melakukan 50%. Saya rasa mesti ibu saya akan berbangga pada saat ini. Saya memulakan kerjaya secara solo pada tahun 1994 dan saya mendapat anugerah yang begitu besar di SBS selepas 30 tahun. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas anugerah ini dan saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah menyokong saya.

Anugerah Penerbit yang dipilih oleh PD diberikan kepada Ji Seok-jin dari ‘Running Man’, dan Anugerah Program Terbaik,  diberikan kepada program yang paling mendapat kasih sayang sepanjang tahun iaitu ‘Running Man’.

Semak senarai penuh pemenang di bawah!

Daesang (Grand Prize): Tak Jae Hoon

Producers’ Award: Ji Suk Jin (“Running Man”)

Program of the Year: “Running Man”

Top Excellence Award: Kim Jong Min (“My Little Old Boy,” “Golf Battle: Birdie Buddies 5”), Bae Sung Jae (“Shooting Stars”), Lee Ji Hye (“Same Bed, Different Dreams 2,” “Strong Heart League”)

Positive Influence Program Award: “Same Bed, Different Dreams 2”

Excellence Award: Oh Sang Jin (“Same Bed, Different Dreams 2,” “Cafe Clinic”), Song Hae Na (“Shooting Stars”)

Best Teamwork Award: “Love My Body”

“Shooting Stars” Century Club Award: Jo Hye Ryun, Lee Hyun Yi, Jung Hye In, Kim Min Kyung, Oh Na Mi, Song Hae Na, Ahn Hye Kyung, Saori

“Shooting Stars” Yachine Award: Kisum

“Shooting Stars” Puskás Award: Kim Seung Hye

Gourmet Star Award: Park Na Rae (“Love My Body,” “Pure Fighter”)

Golden Solo Award: Tak Jae Hoon, Im Won Hee, Lee Sang Min, Kim Jun Ho (“Invitation From Bachelors Again”)

Eco-brity Award: Cha In Pyo, Jung Sang Hoon, Ryu Soo Young, Jason (“Green Fathers Club”)

Rising Star Award: Kim Gun Woo, Son Dong Pyo, Uhm Ji Yoon

Best Couple Award: Lee Jang Won and Bae Da Hae (“Same Bed, Different Dreams 2”), Baek Ji Hoon and Lee Eul Yong (“Shooting Stars”)

Award for Short Clip with Highest Views: Kim Jong Kook (“Running Man,” “My Little Old Boy”)

Honorary Employee Award: Im Won Hee (“Invitation From Bachelors Again,” “My Little Old Boy”)

Special Award: Yoo Jung Soo (“Cafe Clinic”)

Scene Stealer Award: Yang Se Chan (“Running Man,” “No Math School Trip,” “Golf Battle: Birdie Buddies 5”)

Hot Issue Award: Lee Dong Gun (“My Little Old Boy”)

2023 SBS’s Son/Daughter Award: Lee Sang Min, Lee Hyun Yi

Broadcast Writer Award: Hong Eun Hye (“Ji Sang Ryul If It’s Hot”), Oh Yoo Kyung (“Unanswered Questions”), Kim Se Yeon (“My Little Old Boy”)

Radio DJ Award: DinDin (“DinDin’s Music High”), Ji Sang Ryul (“Ji Sang Ryul If It’s Hot”)

Rookie Award: Shin Gi Ru (“Love My Body”), Kim Ji Eun (“Cafe Clinic,” “Inkigayo”)

loading...