Pelakon veteran Choi Soo Jung tambah koleksi Daesang, “Korea-Khitan War” & “Oasis” dominasi kemenangan di KBS Drama Awards 2023

KBS Drama Awards kali ini diadakan pada 31 Disember 2023 dan tahun ini ianya dihoskan oleh Jang Sung Kyu, Seol In Ah, dan Rowoon . KBS Drama Awards adalah satu majlis anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Korea Broadcasting System untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan dirangkaiannya sepanjang tahun 2023.

Pelakon veteran Choi Soo Jung dinobatkan sebagai penerima Daesang menerusi dalam drama bersejarah “Korea-Khitan War.” Untuk pengetahuan, “Korea-Khitan War” dan “Oasis” merekodkan kemenangan besar pada malam anugerah apabila masing-masing membawa pulang tujuh trofi.

Ini merupakah Daesang ke-4 yang diterima Choi Soo Jung dalam tempoh 16 tahun selepas The Legend of Ambition’  (1998), ‘Emperor Wang Gun’ (2001), dan ‘Daejoyeong’ (2007). Choi Soo Jung dikenali sebagai ‘Raja Drama Sejarah’ membintangi “Korea-Khitan War” sebagai Kang Gam-chan, mentor politik Raja dan ketua komander tentera Goryeo. Wataknya berjaya mencuri perhatian ramai kerana persembahan lakonannya yang mengagumkan. Drama sejarah epik ini telah menelan kos pengeluaran  sebanyak 27 bilion won, mendapat populariti seiring dengan reputasinya, sekaligus membuktikan kuasa ‘keluarga drama sejarah yang terkenal’.

Dalam ucapan penerimaannya Choi Soo Jung berkata:

Saya sangat berterima kasih kepada ramai individu. Saya menganggap anugerah ini sebagai pendorong buat saya untuk bekerja lebih keras dan menjadi seorang pelakon yang terbaik. Saya harap semua orang kekal sihat dari segi fizikal dan mental pada tahun 2024, dan saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.

Jom semak senarai penuh pemenang di bawah!

Daesang (Grand Prize): Choi Soo Jong (“Korea-Khitan War”)

Top Excellence Award (Actress): Uee (“Live Your Own Life”)
Top Excellence Award (Actor): Kim Dong Jun (“Korea-Khitan War”), Rowoon (“The Matchmakers”)

Excellence Award – Miniseries (Actress): Seol In Ah (“Oasis”), Cho Yi Hyun (“The Matchmakers”)
Excellence Award – Miniseries (Actor): Jang Dong Yoon (“Oasis”)

Excellence Award – Long-Form Drama (Actress): Baek Jin Hee (“The Real Has Come!”)
Excellence Award – Long-Form Drama (Actor): Ji Seung Hyun (“Korea-Khitan War”), Ha Jun (“Live Your Own Life”)

Best Couple Award: Jang Dong Yoon and Seol In Ah (“Oasis”), Ahn Jae Hyun and Baek Jin Hee (“The Real Has Come!”), Ha Jun and Uee (“Live Your Own Life”), Rowoon and Cho Yi Hyun (“The Matchmakers”), Choi Soo Jong and Kim Dong Jun (“Korea-Khitan War”)

Popularity Award (Actress): Seol In Ah (“Oasis”), Uee (“Live Your Own Life”), Cho Yi Hyun (“The Matchmakers”)
Popularity Award (Actor): Rowoon (“The Matchmakers”), Ahn Jae Hyun (“The Real Has Come!”), Lee Sang Yeob (“My Lovely Boxer”), Ji Seung Hyun (“Korea-Khitan War”)

Excellence Award – Daily Drama (Actress): Nam Sang Ji (“Unpredictable Family”), Choi Yoon Young (“Woman in a Veil”)
Excellence Award – Daily Drama (Actor): Seo Jun Young (“Apple of My Eye”), Lee Si Kang (“The Elegant Empire”)

Best Supporting Actress: Kang Kyung Hun (“Oasis,” “2023 KBS Drama Special: Behind the Shadows”)
Best Supporting Actor: Kim Myung Soo (“Oasis”), Lee Won Jong (“Korea-Khitan War”), Jo Han Chul (“The Matchmakers”)

Best Writer: Lee Jung Woo (“Korea-Khitan War”)

Drama Special/TV Cinema Award (Actress): Chae Won Bin (“2023 KBS Drama Special – Love Attack”), Hong Seung Hee (“2023 KBS Drama Special – Behind the Shadows”)
Drama Special/TV Cinema Award (Actor): Lee Jae Won (“No Path Back”)

Best New Actress: Seo Ji Hye (“My Perfect Stranger”)
Best New Actor: Lee Won Jung (“My Perfect Stranger”), Choo Young Woo (“Oasis”)

Best Child Actress: Kim Si Eun (“Apple of My Eye”)
Best Child Actor: Moon Woo Jin (“2023 KBS Drama Special – Dog Days of Summer”)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

loading...