Ahli terakhir BTOB, Yook Sungjae tandatangan kontrak dengan agensi baru

Akhirnya terjawab sudah. Yook Sung Jae telah menemui agensi yang baru bagi menguruskan segara aktivitinya.

Pada 22 Disember, IWill Media telah mengumumkan berita gembira ini.

Kami telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Yook Sungjae, seorang idol yang serba boleh serta aktif dalam muzik, lakonan dan rancangan variasi. Kami akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan Yook Sungjae dapat meneruskan aktivitinya dengan lebih aktif lagi. Selain itu, kami juga akan menyokong aktiviti BTOB beliau secara proaktif.

IWill Media ialah syarikat penerbitan kandungan media yang telah menghasilkan pelbagai OST dan drama seperti “Moon in the Day,” “May I Help You?,” dan “Gold Mask.” Dengan menandatangani kontrak bersama Yook Sungjae, mereka merancang untuk meluaskan skop mereka, melangkaui pengeluaran kandungan dan mendalami pengurusan bakat untuk menjadi agensi hiburan yang komprehensif.

Yook Sungjae merupakan ahli terakhir BTOB yang secara rasminya menyertai agensi baharu selepas kumpulan itu meninggalkan Cube Entertainment baru-baru ini. Sebelum ini pada bulan November, rakan ahli BTOB Changsub menandatangani kontrak eksklusif dengan Fantagio. Pada 18 Disember pula, Eunkwang, Minhyuk, Hyunsik, dan Peniel menandatangani kontrak eksklusif bersama sebuah syarikat yang baru ditubuhkan.

SemogaYook Sungjae dan BTOB akan terus berjaya untuk bab selanjutnya.

Sumber : 1

loading...