4 ahli BTOB tandatangan kontrak dengan agensi baharu

Empat daripada ahli BTOB telah menemui agensi baharu untuk mereka naungi dan menguruskan segala aktiviti seni mereka.

Pada 18 Disember, media telah dimaklumkan bahawa ahli BTOB iaitu Eunkwang, Minhyuk, Hyunsik, dan Peniel telah menandatangani kontrak eksklusif dengan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. Mereka juga turut merancang untuk meneruskan aktiviti kumpulan mereka berikutan tamatnya kontrak eksklusif 11 tahun BTOB bersama Cube Entertainment. Menurut laporan itu, nama dan perancangan agensi baharu itu untuk aktiviti BTOB akan diumumkan pada masa hadapan.

Seorang wakil agensi baharu itu berkongsi, “Kami merancang untuk mempunyai ahli yang aktif dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Memandangkan Eunkwang, Minhyuk, Hyunsik, dan Peniel mempunyai semangat yang kuat untuk bekerja sebagai satu kumpulan penuh, kami akan memberi sokongan penuh agar mereka boleh mengutamakan aktiviti kumpulan.” Bagi mencapai matlamat ini, agensi itu merancang untuk membentuk pasukan khas dengan pakar dalam setiap bidang hiburan.

Sebelum ini pada bulan November, Changsub telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Fantagio. Dengan Eunkwang, Minhyuk, Hyunsik, dan Peniel menandatangani kontrak baru ini, Yook Sungjae adalah ahli terakhir yang statusnya masih belum ditentukan buat masa ini.

Agensi yang menguruskan ASTRO itu juga berjanji akan terus mengutamakan aktiviti Changsub bersama kumpulan BTOB.

“Disebabkan Lee Changsub sangat nekad meneruskan aktiviti kumpulannya, kami akan menyokongnya dan menyesuaikan jadualnya supaya dia dapat meneruskan aktiviti kumpulannya sebagai keutamaan.”

Setelah memulakan kerjaya di bawah Cube Entertainment pada tahun 2012, BTOB telah menghasilkan  muzik dan telah mendapat kasih sayang serta sokongan para peminat. Antara lagu mereka yang diminati ramai adalah seperti “Missing You,” “It’s Okay,” “Only one for me” dan “Wind And Wish.”

Semoga BTOB akan terus berjaya untuk bab selanjutnya.

Sumber : 1 | 2

loading...