Yoon Hyun Min & Go Sung Hee sah bergandingan sama untuk Netflix ‘I Holo You’ / ‘I’m So Alone’

Yoon Hyun Min sudah pun menyatakan persetujuannya untuk membintangi drama terbaru Netflix ‘I Holo You’ atau tajuk literal sebelum ini, ‘I’m So Alone’ sebagai robot Holo yang ditagih kasih oleh gadis yang hidup keseorangan.

Watak Yoon Hyun Min pada asalnya mantan pemilik syarikat penyelidikan IT bernama Nan Do, seorang pakar genius dalam industri IT yang sengaja disembunyikan dari mata masyarakat. Hanya rakan terdekat dan adik-beradik saja tahu kewujudannya. Beliau dikatakan mengendalikan projek IT tersebut dengan idea dan tangannya sendiri. Tapi, malang tak berbau, sewaktu sedang menggodam suatu projek besar, beliau terbunuh.

Ko Sung Hee pula memegang watak Hoon So Yepn, seorang yang agak mabuk kerja (‘workaholic’) dan sentiasa memastikan dirinya ke hadapan dalam industri seperti pelancaran jenama syarikat di kedai-kedai kecil. Tapi, Hoon So Yeon seorang sangat introvet, tak suka bergaul dengan orang lain sehinggakan majlis perkahwinan pun dia tak pernah hadiri. Kerana sukar untuk bergaul dengan orang lain, Hoon So Yeon meluahkan kasih sayangnya terhadap robot ‘artificial intelligent’ Holo bagi mengisi masa kesunyiannya.

Neflix I am So Alone mendapatkan khidmat PD Lee Sang Yeop (“tvN Familiar Wife”,”MBC Shopping King Louis”) yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards, sebagai sutradaranya dan bakal ditulis oleh Ryoo Yong Jae (“tvN Pied Piper”,”tvN Liar Game”) yang dikenali dengan naskah bergenre suspens.

Sumber: hankookilboo , Kmania1

loading...