Filem ‘Concrete Utopia’ menang besar, ‘Moving’ dipilih siri drama terbaik di 59th Grand Bell Awards

Anugerah Grand Bell ke-59 (Daejongsang Yeonghwajae) yang juga dikenali sebagai Anugerah Filem Antarabangsa Daejong baru sahaja melabuhkan tirainya. Pada petang 15 November, majlis anugerah berprestij ini berlangsung di Teater Besar Pusat Seni Gyeonggi. Majlis itu disiarkan secara langsung di Naver TV dan ENA, di mana pelakon Cha In Pyo dan pelawak Jang Do Yeon ditugaskan sebagai hos.

Anugerah kali ini menyaksikan filem ‘Concrete Utopia’ melakar pencapaian yang luar biasa apabila memenangi anugerah ‘Best Picture’ selain memperoleh enam anugerah secara keseluruhan (Best Picture, Best Actor, Best Supporting Actress, Sound Effects, Visual Effects, dan Art Direction). Filem ini diarahkan oleh Uhm Tae Hwa.

 

Saat penghormatan diberikan untuk ‘Best Picture’,  Ketua Pegawai Eksekutif Climax, Byeon Seung-min naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.

Pengarah Ryu Seung-wan dari filem ‘Smuggling’ memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir dan hanya menyampaikan ucapan penerimaannya melalui mesej video.

Maaf kerana tidak dapat hadir. Saya sangat berterima kasih kepada penonton yang menyukai filem ‘Smuggling’. Saya akan bekerja keras untuk menghasilkan filem yang bagus pada masa hadapan.

Kim Seo Hyung dari ‘Vinyl House’ memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Kim melahirkan rasa terima kasihnya, berkata,

Ia adalah tahun yang bermakna di mana saya boleh memperkenalkan dan bercakap tentang ‘Vinyl House’. Terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam merealisasikan filem bebas. Seperti biasa, saya akan berada di tempat itu dengan peluang dan kerja yang baik. Terima kasih.

Untuk anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Lee Byung Hun dari ‘Concrete Utopia’ mencuri perhatian ramai. Bagaimanapun, pelakon tersebut tidak dapat hadir kerana jadual penggambaran yang padat. Lee Byung Hun menyampaikan ucapan penerimaannya melalui  mesej video. Dia menyatakan,

Walaupun selepas wabak itu, banyak pawagam terjejas, tetapi saya bersyukur dan gembira kerana ramai orang datang menontonnya. Saya akan terus bertemu dengan anda dengan kerja-kerja yang baik. pada masa hadapan.

Anugerah Best New Actor dan Actress dimenangi oleh Kim Seon-ho dari ‘The Childe’ dan Kim Si-eun dari ‘Next Sohee’.

Kim Seon-ho melahirkan rasa terima kasihnya kepada penonton dan peminat dengan berkata, “

Saya berterima kasih kepada mereka yang membenarkan saya membuat filem. Ini adalah kali pertama saya berlakon filem, dan banyak kerja keras serta semangat yang dilakukan untuk menghasilkan filem itu. Ia adalah satu penghormatan untuk dapat menghabiskan masa itu bersama-sama.

Kim Si-eun tidak dapat menghadiri majlis anugerah kerana penggambaran ‘Squid Game 2’, tetapi beliau menyampaikan mesej terimaan melalui video. Dia berkata,

Ini adalah filem cereka sulung saya, dan saya berterima kasih kepada mereka yang membantu saya menerima anugerah yang begitu hebat ini. Saya berterima kasih kepada pengarah Jeong Ju-ri, Bae Doo-na, dan semua kakitangan serta pelakon.

Kategori siri baharu juga telah diwujudkan pada Anugerah Grand Bell tahun ini, dan ‘Mask Girl’, ‘The Glory’, ‘Big Bet’ serta ‘Moving’ telah dicalonkan untuk Siri Terbaik.

Untuk pertama kalinya, ‘Best Series Award’ dimenangi oleh siri popular dari Disney+ Hotstar ‘Moving’ dan anugerah Pengarah Terbaik dimenangi Kang Yun-seong, pengarah siri drama ‘Big Bet’ yang juga merupakan siri popular dari Disney+ Hotstar.

Pengarah siri drama ‘Big Bet’ Kang Yun-seong berkata,

Saya memberitahu isteri saya untuk tidak hanya bercakap tentang Choi Min-sik menang anugerah, tetapi orang yang saya paling saya perlu berterima kasih sepanjang bekerja adalah pelakon dan kakitangan yang telah bekerja keras, syarikat produksi yang menyokong kami tanpa berbelah-bagi, dan barisan kakitangan Disney Plus. Terima kasih kerana memberi kami anugerah yang begitu besar. Saya akan kembali dengan kerja yang lebih baik.

Anugerah pelakon lelaki dan wanita siri drama terbaik dimenangi Choi Min-sik dari ‘Big Bet’ dan Han Hyo-joo dari ‘Moving’ yang keduanya adalah siri  Disney+.

Choi Min-sik, yang berkongsi ucapannya melalui video, berkata,

Saya ingin berkongsi penghormatan ini dengan seluruh kakitangan dan pelakon ‘Big Bet’. Saya harap ia akan menjadi peluang untuk mendekati ramai peminat filem dan siri drama.

Han Hyo-joo pula berkata,

Saya menerima anugerah ini bagi pihak pasukan ‘Moving’. Saya rasa saya dah melakukan yang terbaik dalam setiap karya, tetapi sebab mengapa ramai orang memberikan ulasan yang baik kepada watak Lee Mi-hyeon bukan kerana saya terbaik dalam hal itu. Pengarah yang dah memberi saya arahan yang baik. Selain itu, kami ada seorang penulis yang menulis cerita yang bagus, kakitangan yang hebat, dan barisan pelakon yang baik. Saya pernah terfikir untuk menolak tawaran itu kerana saya rasa saya agak muda untuk bawa peranan sebagai ibu. Tetapi sebab terbesar saya memutuskan untuk melakukannya adalah kerana ia adalah cerita yang bagus, adil dan hangat. Saya harap dunia ini akan menjadi lebih baik dan setiap orang boleh bergembira.

‘Anugerah Grand Bell ke-59’ menyampaikan beberapa anugerah berprestij lain bagi meraikan pencapaian cemerlang dalam industri filem Korea. Berikut adalah senarai penuh pemenang:

Kategori Filem

– Best Picture: ‘Concrete Utopia’
– Best Director: Ryu Seung-wan (‘Smuggling’)
– Best Actress: Kim Seo-hyung (‘Vinyl House’)
– Best Actor: Lee Byung-hun (‘Concrete Utopia’)
– Best Supporting Actress: Kim Seon-young (‘Concrete Utopia’)
– Best Supporting Actor: Oh Jung-se (‘Spider’s Web’)
– Best New Actress: Kim Si-eun (‘Next So-hee’)
– Best New Actor: Kim Seon-ho (‘The Childe’)
– Best New Director: Ahn Tae-jin (‘Owl’)
– Daejong’s Gaze Actor Award: Jung Sung-hwa (‘Hero’)
– Daejong’s Gaze Director Award: Park Jae-beom (‘Mother’s Land: Grisha and the Forest’)
– Daejong’s Gaze Film Award: ‘Dream Palace’
– Costume Design Award: Yoon Jung-hee (‘Killing Romance’)
– Art Direction Award: Cho Hwa-seong (‘Concrete Utopia’)
– Sound Effects Award: Kim Seok-won (‘Concrete Utopia’)
– Editing Award: Kim Seon-min (‘Owl’)
– Visual Effects Award: Eun Jae-hyun (‘Concrete Utopia’)
– Screenplay Award: Ahn Tae-jin, Hyun Kyu-jin (‘Owl’)
– Music Award: Dalparan (‘Ghost’)
– Cinematography Award: Choi Young-hwan (‘Smuggling’)
– Documentary Award: Yang Young-hee (‘Soup and Ideology’)
– Achievement Award: Jang Mi-hee

Kategori Siri Drama (Terbaru dipertandingkan)

– Series Best Actress Award: Han Hyo-joo (‘Moving’)
– Series Best Actor Award: Choi Min-sik (‘Casino’)
– Series Best Director Award: Kang Yoon-sung (‘Casino’)
– Series Best Film Award: ‘Moving’

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...