Berikut ialah pemenang-pemenang 2020 Melon Music Awards (MMA) termasuklah BTS, Blackpink, Cravity & lain-lain

2020 Melon Music Awards yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan BTS menyapu bersih hampir semua kemenangan, termasuklah 3 anugerah utama daesang: Album of the Year menerusi MAP OF THE SOUL: 7, Song of the Year menerusi Dynamite dan juga Artist of the Year. BTS mengulangi kejayaan yang sama diraih mereka di dalam anugerah yang sama pada tahun sebelumnya.

Baca lagi : Buat pertama kali BTS sapu bersih anugerah Daesang di Melon Music Awards 2019

Nam Joon BTS dalam ucapannya menerima ketiga-tiga anugerah daesang berkenaan berkata, “Saya berterima kasih pada semua orang. Tak rasa begitu selesa menerima anugerah dalam keadaan begini kerana sudah setahun kami tak bersemuka dengan mereka (peminat). Saya juga dapat rasakan artis yang lain juga hadapi begitu. Dari awal tahun ini, kami lalui proses marah, kecewa dan penuh kebencian sehingga terhasilnya muzik yang boleh kami lakukan. Saya dapat rasakan keikhlasan yang telah disebarkan ke seluruh dunia tidak terbuang begitu saja kerana kita sebenarnya sudah bersambung antara satu sama lain walau tidak dapat bersemuka sekalipun. Daripada surat-menyurat, saya dapat rasakan semua itu…Saya tak tahu apa yang berlaku nanti, tapi saya percaya musim bunga akan menjengah selepas musim dingin berakhir. Saya sayangkan kalian (peminat).”

Taehyung kemudiannya menyambung, “Sebenarnya, kami adalah 7 orang, bukan enam orang. Orang tengok kami sekarang ini ialah abang saya, Suga. Kami terima banyak anugerah hari ini, saya harap kamu gembira. Semoga cepat sembuh.”

Hyojeong yang menerima anugerah bonsang mewakili Oh My Girl buat pertama kali berasa terharu sambil berkata, “Ini kali pertama kami muncul di dalam MMA dan rasa seronok berada dalam kalangan TOP 10. Terima kasih peminat yang sentiasa mempercayai kami. Kami mungkin kekurangan sesuatu, tapi kami percaya ia sudah berhasil. Sebab itu, disinilah kami berada. Kami akan bekerja lebih kuat lagi”.

Blackpink dan Monsta X masing-masing menerima anugerah Best Dance menerusi lagu ‘How You Like That’ dan Best Performance manakala kedua-dua CRAVITY dan Weeekly dinobatkan pemenang Best Rookie Awards menewaskan Treasure, Cignature dan MCND.

Bagaimanapun, tiga anugerah yang tidak diumumkan pada tahun ini iaitu Record Of The Year, Stage Of The Year dan Best Music Video telah mencetuskan spekulasi tentang siapakah sebenarnya pemenangnya.

MMA2020 menutup tirainya dengan persembahan khas daripada BTS.

Berikut adalah pemenang 2020 Melon Music Awards:

Top 10 Artists (Bonsang)

  • Kim Ho Joong
  • BTS
  • Yerin Baek
  • Baekhyun
  • IU
  • Oh My Girl
  • Lim Young-woong
  • Zico
  • Blackpink
  • Iz*One

Song of the Year (Daesang)

  • BTS – “Dynamite” (*Winner*)
  • Blackpink – “How You Like That”
  • IU – “Eight” featuring Suga
  • Zico – “Any Song”
  • Red Velvet – “Psycho”

Artist of the Year (Daesang)

  • BTS (*Winner*)
  • Yerin Baek
  • IU
  • Lim Young-woong
  • Zico

Album of the Year (Daesang)

  • BTS – Map of the Soul: 7 (*Winner*)
  • Iz*One – Bloom*Iz
  • Baek Ye-rin – Every Letter I Sent You
  • Oh My Girl – Nonstop
  • Bolbbalgan4 – Puberty Puberty Book ⅠⅠ Pum

Best New Artist

  • Cravity (*Winner*)
  • Weeekly (*Winner*)
  • Treasure
  • Cignature
  • MCND

Best Dance Award (Male)

  • BTS – “Dynamite”(*Winner*)
  • Seventeen – “Left & Right”
  • NCT Dream – “Ridin'”
  • SF9 – “Good Guy”
  • J. Y. Park featuring Sunmi – “When We Disco”

Best Dance Award (Female)

  • Oh My Girl – “Nonstop”
  • Hwasa – “Maria”
  • Blackpink – “How You Like That” (*Winner*)
  • Iz*One – “Fiesta”
  • Red Velvet – “Psycho”

Best Rap/Hip Hop Award

  • Yumdda, The Quiett, Deepflow, Paloalto, Simon Dominic – “I’mma Do” (*Winner*)
  • BTS – “On”
  • Jessi – “Nunu Nana”
  • Zico – “Any Song”
  • Rain, Jay Park, Haon, Sik-K, PH-1 – “Gang (Remix)”

Best R&B/Soul Award

  • Baek Ye-rin – “Square (2017)” (*Winner*)
  • Baekhyun – “Candy”
  • Lee Hi – “Holo”
  • Taeyeon – “Happy”
  • Paul Kim – “But I’ll Miss You”

Best OST Award

  • Jo Jung-suk – “Aloha” (*Winner*)
  • Gaho – “Start Over”
  • Kim Feel – “Someday, the Boy”
  • IU – “Give You My Heart”
  • Jeon Mi-do – “I Knew I Love”

Best Rock Award

  • IU – “Eight” featuring Suga (*Winner*)
  • Suho – “Let’s Love”
  • N.Flying – “Oh Really”
  • Day6 – “Zombie”
  • Younha – “Dark Cloud”

Best Pop Award

  • Ariana Grande and Justin Bieber – “Stuck With U”
  • Harry Styles – “Watermelon Sugar”
  • Sam Smith – “To Die For” (*Winner*)
  • Jawsh 685, Jason Derulo, BTS – “Savage Love (Laxed – Siren Beat) (BTS Remix)”
  • Anne-Marie – “Birthday”

Best Ballad Award

  • Davichi – “Dear.”
  • IU and Sung Si Kyung – “First Winter”
  • Jung Seung-hwan – “My Christmas Wish”
  • MC the Max – “Bloom”
  • Baek Ji-young – “No Love, No Heartbreak”

Best Indie Award – Bolbbalgan4 – Leo (Feat. Baekhyun)

Best Trot Award – Lim Young-woong

Netizen Popularity Award

  • BTS
  • Iz*One
  • Baekhyun
  • Blackpink
  • Apink
  • IU
  • Oh My Girl
  • Suho
  • SSAK3
  • Lim Young-woong

Hot Trend Award

  • SSAK3
  • Trot Men 6
  • Jo Jung-suk
  • Zico
  • Sik-K, PH-1, Jay Park, Haon

Best Songwriter Award – Young Tak
Best Session Instrumental Award – Shin Seok-cheol (Drums), Hong Soo-jin (Sound Designer), Choi-hoon (Bassist), Kim Hyun-ah (Cross), Juckjae (Guitarist)
1theK Original Content – The Boyz
Best Performance Director – Son Sung-deuk
Best Performance – Monsta X

Tahniah diucapkan buat pemenang.

Sumber: xsportnews

loading...