Pameran B VERSE (BTS, Singing The Stars) Pertama Di Asia Akan Diadakan Di Pavillion Bukit Jalil Mulai Disember Ini

Kuala Lumpur, November 2023- Buat julung kalinya pameran khas terbesar dianjurkan untuk peminat BTS; ARMY khasnya dan peminat K-pop global secara umumnya  di 11 negara yang terpilih Asia dan Eropah. Apa yang paling membanggakan dan paling bermakna apabila Malaysia menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah  bagi pameran B VERSE (BTS, Singing The Stars).

Pameran yang dianjurkan oleh The Fact ini akan bermula dari 1 Disember 2023 sehingga 10 Mac 2024, bertempat di Pavillion, Bukit Jalil. Pameran ini akan memaparkan gambar-gambar yang dipilih dengan teliti dan imej eksklusif dari THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION di mana ia mempertengahkan sepanjang ranjau perjalanan BTS dari 2020 sehingga 2022 yang pastinya bakal menyentuh perasaan para peminat semua. Selepas Malaysia, pameran B VERSE (BTS, Singing The Stars) ini akan turut diadakan di Jepun, Singapura dan Indonesia dan seterusnya jelajah akan diadakan di negara Eropah

Bertemakan “Singing The Stars”, ia akan mengambarkan evolusi BTS dan para peminat di mana keduanya berkembang sebagai bintang. Salah satu pengalaman yang akan dilalui oleh peminat semasa pameran tersebuat adalah BILIK VR yang dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih dan berkualiti konsert. Yang pasti ia akan menbawa peminat dengan cara menghidupkan semula suasana pentas BTS di THE BACT MUSIC AWARDS (TMA) dari tahun 2021 sehingga 2022.

Dalam ruang pameran tersebut juga akan mempaparkan  gambar serta video ahli BTS dengan konsep unik bertemakan planet berbeza di setiap 7 ruang tersebut sambil menikmati momen mempersonakan yang melambangkan BTS dan peminat mereka melalui persembahan pemetaan.

Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang ini, kerana anda adalah  peminat Asia pertama yang berpeluang untuk menyaksikan pameran ini.

Harga ticket pameran adalah seperti berikut :

  • Early Bird Ticket : RM78
  • Normal Ticket (starting from) : RM98
  • Express Ticket : RM 138

Untuk pengetahuan semua, pada hari pertama pameran ini dibuka pada 1 Disember 2023, anda berpeluang memenangi BTS PHOTOBOOK LIMITED EDITION keluaran Tahun 2020, 2021 & 2022 yang sudah tidak dikeluarkan lagi di pasaran. Oleh itu, jadilah antara 300 peminat pertama yang hadir ke pameran itu.

Manakala Bilik VR tersebut ketika anda membeli tiket, sila pilih slot masa yang ditetapkan. Perkara ini disebabkan oleh ruang yang terhad dan demi keselamatan peminat di dalam bilik tersebut.

Anda boleh imbas QR code di bawah ini untuk pembelian ticket tersebut.

Jom saksikan sedikit teaser pameran B VERSE (BTS, Singing The Stars).

loading...