Shin Min Ah, Park Hae Soo, Lee Kwang Soo, Gong Seung Yeon & ramai lagi sah sertai drama thriller jenayah Netflix terbaru

Shin Min Ah, Park Hae Soo dan ramai lagi telah disahkan membintangi siri Netflix baharu bertajuk “Karma.”

Pada 9 November, Netflix mengumumkan barisan pelakon utama drama “Karma”, termasuk Park Hae Soo, Shin Min Ah, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo, dan Gong Seung Yeon.

Diadaptasi daripada Webtoon dengan tajuk yang sama, drama “Karma” adalah drama thriller jenayah yang menggambarkan kisah watak-watak yang terjerat dalam hubungan toksik yang tidak dapat mereka larikan walaupun mereka mahu.

“Karma” mengisahkan seorang saksi kemalangan, seorang doktor yang trauma dengan mimpi buruk, seorang lelaki yang dunianya terbalik akibat kejadian yang tidak dijangka, dan seorang lagi lelaki yang terjerat dengan pinjaman peribadi.

Setiap watak dalam drama ini terikat dengan ikatan takdir yang tidak dapat dielakkan tanpa mengetahui bagaimana atau mengapa, akhirnya mengulangi kitaran karma mereka antara satu sama lain.

Park Hae Soo akan melakonkan watak sebagai Cho Sang Woo, seorang saksi kemalangan misteri dan telah  membuat perjanjian rahsia dengan seorang lelaki yang cuba menutup kemalangan yang disaksikannya. Akibatnya, perjanjian tersebut membawanya ke jalan yang tidak dapat kembali

Shin Min Ah memegang watak sebagai doktor yang hidup dengan trauma seumur hidup akibat kejadian yang dialaminya semasa kecil. Suatu hari, dia bertemu dengan seseorang yang dia tidak mahu bertemu lagi. Karakternya digambarkan mengalami emosi yang berkisar antara dendam dan kesakitan yang mendalam.

Lee Hee Joon akan melakonkan watak seorang lelaki yang dibebani hutang apabila menggunakan pinjaman swasta untuk melabur dalam mata wang kripto dan berharap untuk mendapat kekayaan seumur hidup. Namun, pelaburannya sia-sia apabila nilai wangnya merosot. Diancam oleh pemberi pinjaman, dia menjadi cukup terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk membebaskan dirinya daripada cengkaman mereka,

Kim Sung Kyun akan memegang watak yang terjebak dalam belenggu hubungan malang apabila dia ditugaskan untuk melakukan pekerjaan dengan mempertaruhkan jumlah wang yang besar selepas kehilangan pekerjaannya secara tidak adil.

Sementara itu, Lee Kwang Soo membawakan watak doktor perubatan oriental yang berjaya dan mengendalikan sebuah hospital swasta di Gangnam. Dia digambarkan sebagai seseorang yang boleh memiliki segala yang dia mahukan termasuk sebuah kereta mahal dan wanita. Kehidupan doktor yang riang dan kaya ini berubah sekelip mata dengan satu kejadian yang tidak diingini. Namun, dia menzahirkan integriti sebenar apabila berhadapan dengan kesukaran.

Manakala Gong Seung Yeon akan berubah menjadi teman wanita menawan doktor perubatan oriental yang berjaya lakonan Lee Kwang Soo.

“Karma” diarahkan dan ditulis oleh Lee Il Hyung. Siri ini adalah produksi bersama antara Moonlight Film dan Baram Pictures. Rekod prestasi Moonlight Film termasuk filem seperti “Kundo: Age of the Rampant”, “A Violent Prosecutor”, “Money”, dan “The Spy Gone North”, serta siri “Netflix Narco-Saints”.

Sementara itu, rekod prestasi Baram Pictures termasuk siri Netflix “Kingdom: Ashin of the North” dan “Song of the Bandits”, “Behind Every Star” dan “Castaway Diva”.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...