Lee Jong Suk kini dalam rundingan sertai ACE FACTORY dan berhasrat tubuhkan syarikat produksi sendiri

Pelakon Lee Jong Suk dilaporkan dalam rundingan untuk menyertai ACE FACTORY sebagai agensi baharunya dan turut berhasrat untuk menubuhkan syarikat produksinya sendiri. Kerjasama dengan Ace Factory dikaitkan dengan penubuhan syarikat produksinya, dan mereka merancang untuk bekerjasama dalam projek masa depan.

Pada 8 November, THE FACT melaporkan bahawa Lee Jong Suk sedang berbincang untuk menandatangani kontrak dengan ACE FACTORY dan sedang berusaha untuk menubuhkan syarikat produksinya sendiri dengan matlamat untuk melancarkan syarikat itu awal tahun depan.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari ACE FACTORY berkongsi,

Lee Jong Suk sedang bersiap-sedia untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi, dan beliau sedang berbincang dengan ACE FACTORY untuk bekerjasama dalam aspek pengeluaran dan menandatangani kontrak pengurusan eksklusif.

ACE FACTORY, yang terkenal dengan pengeluaran projek yang diiktiraf secara kritikal dan dijangka memberikan kepakaran dan sinergi yang signifikan dalam usahasama ini. Memandangkan rekod prestasi terkenal ACE FACTORY dalam mencipta karya luar biasa seperti ‘Stranger’ dan ‘Grid’ ini menguatkan lagi penyebab mengapa Lee Jong Suk berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut.

Pada 2022, agensi hiburan milik Lee Jong Suk; A-Man Project telah menandatangani perkongsian strategik dengan HighZium Studio. Ia dilihat sebagai satu langkah yang menyaksikan tanggungjawab pengurusan diamanahkan kepadanya dalam kapasiti gaya agensi. Dalam tempoh ini, Lee Jong Suk memperoleh pengetahuan produksi yang tidak ternilai melalui penglibatannya dengan HighZium Studio.

Dalam pada itu juga, ACE FACTORY dijangka menawarkan model kontrak yang serupa dengan HighZium Studio. Menurut orang dalam, Lee Jong Suk juga menyatakan minat untuk menceburi usaha sama produksi dengan syarikat penerbitan drama yang sudah mantap, khusus untuk projek tertentu. Visinya adalah untuk mencipta syarikat sendiri, bersandar pada kepakaran syarikat pengeluaran yang mahir di samping memperoleh pengalaman langsung sebagai pengeluar. Usahasamaini juga bertujuan untuk menggabungkan kualiti artistik dengan daya tarikan yang meluas.

Lee Jong Suk terkenal di kalangan peminat Kdrama sebagai ‘fanatik drama’ dan mempunyai reputasi untuk pendekatan inovatifnya dalam memilih projek yang merangkumi merit artistik dan populariti pada skala yang besar.

Dengan usaha baharu ini sebagai penerbit, jangkaan tinggi mengenai kualiti kerja Lee Jong Suk akan menyumbang nilai kepada sudut yang positif, baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengusaha syarikat produksi. Peminat dan penyokong industri nampaknya tidak sabar untuk menantikan projek-projek hebat yang akan diketengahkan beliau  dalam laluan baharu kerjayanya ini.

Sejak debutnya pada tahun 2010, Lee Jong Suk telah membuktikan dirinya sebagai pelakon drama yang boleh  hebat, dipercayai dan berjaya. Beliau telah membintangi beberapa siri hit dan popular seperti ‘School 2013’, ‘I Can Hear Your Voice’, ‘Pinocchio’, ‘W’, ‘While You Were Sleeping’, ‘Romance Is a Bonus Book’, ‘Big Mouth ‘ dan banyak lagi.

Sumber : 1 | 2

loading...